• Home

CAJ DAN BAYARAN


KAUNTER DAFTAR MASUK WAD DAN KAUNTER HASIL

Kaunter Daftar Masuk Wad dan Kaunter Hasil bagi bayaran beroperasi 24 jam.

Dokumen Yang Diperlukan

Borang Rujukan Masuk Wad, Kad Pengenalan/Passport atau Surat Beranak, NomborTelefon (jika ada), Alamat semasa dan Surat Jaminan / Dokumen berkaitan.

BAYARAN

A. Orang Awam (Warganegara Malaysia)

i. Bayaran Deposit

Jenis Rawatan Kelas 3
Perubatan RM 20
Pembedahan RM 30
Orthopedic RM 30
ENT RM 20
Obstetric RM 15
Gynaecology RM 20
Paediatric RM 20

ii. Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

Kelas Caj Wad Sehari Caj Rawatan Sehari
Kelas 3 RM 3 Percuma

B. Orang Awam (Warganegara Asing)

i. Bayaran Deposit

Jenis Rawatan Kelas 3
Perubatan RM 400
Pembedahan RM 800
Orthopedic RM 800
Obstetric RM 800
Gynaecology RM 400

* UNHCR/Pelarian dikenakan caj separuh daripada deposit dan jumlah bil

** Bagi kes-kes obstetrik yang melibatkan isteri/suami warganegara asing, sila kepilkan surat nikah yang telah didaftarkan dimana-mana pejabat agama dalam Malaysia untuk mendapatkan kadar bayaran warganegara Malaysia

ii. Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

Kelas Caj Wad Sehari Caj Rawatan Sehari
Kelas 3 RM 40 RM 10

C. Pegawai Kerajaan

i. Sila bawa Surat jaminan

ii. Keluarga pegawai kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

  • Isteri/suami
  • Ibubapa kandung
  • Ibubapa tiri/angkat - sertakan surat pengesahan seperti surat nikah, surat pengesahan anak angkat
  • Anak kandung - kurang 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar
  • Anak tiri/angkat – sertakan sijil nikah ibubapa atau surat pengesahan anak angkat
  • Anak-anak OKU

D. Pesara Kerajaan

i. Sila bawa salinan dan Kad Pesara asal untuk pengesahan

ii. Keluarga pesara kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

    • nama yang terdapat pada kad pesara sahaja
    • anak berumur bawah 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar

E. Pekerja Swasta

i. Sila bawa surat jaminan bagi majikan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii. Caj dikenakan mengikut kadar yang dikenakan keatas orang awam Warganegara Malaysia atau Warga Asing.

76

Maklumat Sistem temujanji berperingkat KLINIK PAKAR (STAGGERED HOUR)

KAUNTER PENDAFTARAN BERPUSAT KLINIK PAKAR

DIBUKA TEMUJANJI
8.00 am - 9.00 am 8.00 am
9.00 am - 10.00 am 9.00 am
10.00 am - 11.00 am 10.00 am
11.00 am- 12.00 pm 11.00 am
* Tuan/puan diminta mematuhi dan datang mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan. Tuan/puan juga digalakkan untukdatang awal untuk urusan pendaftaran dan lain-lain hal.

Waktu Melawat

Setiap Hari termasuk Cuti Umum

sesi tengahari
(1:00 pm - 2:00 pm)

sesi petang
(5.00 pm - 7:00 pm)

Waktu Operasi

Kecemasan : 24 jam

Kaunter Farmasi Dalam
Ahad-Sabtu
(8.00 am - 10 pm)

Kaunter Unit Hasil : 24 jam

Jabatan Rekod Perubatan : 
Ahad-Rabu (8.00 am– 5.00 pm)
Khamis- (8.00 am- 3.30 pm)
(Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm)

Lokasi Kami

Pautan Dalaman

            

 

 

Pautan Luaran

Hubungi Kami
Hospital Kemaman, Jalan Da' omar, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
No Telefon : 09-8513333 | No Fax : 09-8595512
http://hkemaman.moh.gov.my
_______________________________________________________________________________________________
Hakcipta terpelihara © 2019 Hospital Kemaman
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800

Kemas kini terakhir : 26 September 2021, 11.55am

6.png2.png1.png2.png7.png
Today60
This week302
This month7950

28 September 2021