JABATAN PEDIATRIK
Jabatan Pediatrik mempunyai dua orang Pakar Pediatrik dengan dibantu oleh 17 orang Pegawai Perubatan, seorang penyelia jururawat dan empat orang Ketua Jururawat, manakala jururawat Terlatih adalah berjumlah seramai 39 orang dan Jururawat masyarakat adalah berjumlah 7 orang. Jabatan juga mempunyai seramai 7 orang Pembantu Perawat Kesihatan yang sentiasa membantu dalam tugas harian di Jabatan dan seorang Pembantu tadbir untuk membantu urusan berkaitan dengan pengurusan. Tidak dilupakan juga, Jabatan Pediatrik turut dibantu oleh 3 Jururawat daripada Klinik Pakar 2 yang menguruskan Klinik Pakar Pediatrik dan 2 Jururawat daripada Unit Daycare yang menjaga pesakit-pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan harian.
Jabatan Pediatrik Hospital Kemaman memberi perkhidmatan kepada pesakit kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang memerlukan perkhidmatan pesakit dalam (kemasukan ke wad) dan rawatan sebagai pesakit luar (klinik)
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
1. Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan ini disediakan di wad 2 (Pediatrik) yang terletak di bangunan wad empat tingkat. Perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, termasuk bayi baru lahir (neonat).
Jumlah keseluruhan katil di wad 2 adalah 29 iaitu;
Pediatrik am dan neonate |
26 katil (termasuk 1 bilik isolasi) |
Pediatrik ortopedik |
3 katil |
Pediatrik surgeri |
3 katil |
Perkhidmatan rawatan dan kemudahan |
Level 1 and 2 neonatal care Headbox / incubator oxygen, intavenous fluid, thermoregulation (radiant warmer / incubator nursing), parenteral antibiotics, close vital signs monitoring (including pulseoxymeter), phototherapy Level 3 neonatal care For neonates requiring nasal CPAP and endotracheal intubation for assisted ventilation, intra-arterial blood pressure monitoring, continuous cardiorespiratory monitoring and parenteral nutrition Bagi bayi-bayi baru lahir yang mengalami masalah, sama ada dari dewan bersalin/dewan bedah Hospital Kemaman atau rujukan dari klinik-klinik kesihatan |
'Neonatal resuscitation' dan standby bagi pembedahan LSCS atau 'instrumental delivery' Bagi bayi-bayi baru lahir sama ada di wad bersalin atau dewan bedah |
Mother accompanying child (MAC) Bagi bayi-bayi yang stabil tetapi memerlukan fototerapi atau antibiotik parenteral |
Kes-kes pediatrik am yang tidak memerlukan rawatan wad intensif Merangkumi kes-kes: Respiratori, Kardiovaskular, Neurologi, Jangkitan, Hematologi, Nefrologi, Gastrologi/Hepatologi dan Inborn error of metabolism |
2. Perkhidmatan Pesakit Luar
Perkhidmatan ini pula dijalankan di Klinik Pakar 2 yang mana Klinik Pediatrik berlangsung pada setiap hari Ahad dan Isnin pagi dan juga pada Selasa petang.
3. Penubuhan unit Daycare
Hospital Kemaman yang telah beroperasi secara rasminya pada bulan April 2017 merupakan antara kejayaan manis bagi Jabatan Pediatrik memandangkan usaha penubuhan ini