JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI
PENGENALAN
Obstetrik ialah cawangan perubatan yang berkaitan dengan kelahiran manusia. Ia telah dianggap sebagai primal dan seni perubatan yang paling kuno. Istilah obstetrik berasal dari perkataan Latin untuk bidan dan adalah istilah agak terkini. Sehingga lewat abad ke-19 perbidanan perkataan umumnya digunakan.
Pada masa ini, seorang doktor pakar yang menjalankan amalan obstetrik dikenali sebagai pakar obstetrik manakala seorang jururawat yang menjaga wanita dalam kehamilan dan kelahiran dikenali sebagai seorang bidan. Ginekologi ialah kajian dan pengurusan penyakit yang menjejaskan organ wanita. Seorang doktor pakar yang menjalankan amalan ginekologi adalah pakar sakit puan.
Di Malaysia, seperti di banyak bahagian dunia, latihan dan pensijilan kedua-dua bidang ini dilakukan secara serentak. Seorang doktor pakar yang telah berjaya haruslah menamatkan latihan pakar obstetrik dan pakar sakit puan.
Bermula tahun 2003, perkhidmatan kepakaran perbidanan dan sakit puan dimulakan secara sepenuhnya di Hospital Kemaman, dengan adanya penempatan pakar secara tetap. Jabatan ini mempunyai 3 orang Pakar O&G dan 14 orang Pegawai Perubatan (MO). Jabatan ini juga memberikan latihan dan bimbingan kepada pegawai perubatan siswazah dan pelatih kejururawatan. Di samping itu, jabatan ini adalah pendokong utama inisiatif Hospital Rakan Bayi dan Hospital Rakan Suami.
VISI
Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Kemaman memfokuskan perkhidmatan cemerlang dan berkualiti berasaskan nilai-nilai murni ke arah keselamatan dan kepuasan pelanggan.
MISI
Jabatan Obstetrik & Ginekologi menyediakan perkhidmatan perubatan untuk ibu-ibu hamil dan pesakit ginekologi secara menyeluruh berteraskan budaya korporat, penyayang, berpasukan dan profesionalisma. Perkhidmatan secara teknologi tinggi bersesuain dengan kehendak pelanggan, kebudayaan dan keperluan sosial masyarakat.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan kesihatan bidang Perbidanan dan Sakit Puan yang menyeluruh secara profesional, berkualiti dan terkini kepada masyarakat.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap ibu akan diberi layanan yang mesra, bersopan santun dan saksama.
- Pegawai Perubatan/ Jururawat akan memeriksa ibu dalam masa 15 minit selepas pendaftaran.
- Pegawai Perubatan/ Pakar akan memberi penerangan kepada ibu mengenai rawatan dan prosedur yang akan dilakukan.
- Ibu-ibu yang memerlukan rawatan pakar yang selanjutnya akan dirujuk ke Hospital Rujukan jika perlu.
- Setiap kelahiran akan dimaklumkan kepada waris/ keluarga oleh anggota yang bertugas.
- Suami/ waris yang beragama Islam dibenarkan mengazan bayi dalam masa 15 minit selepas kelahiran.
- Ibu akan dipindahkan ke wad Melur 1 (Wad O&G) 1 jam selepas kelahiran apabila keadaan telah stabil.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Perkhidmatan Pesakit Dalam
- Perawatan pesakit dalam wad
a. Pesakit hamil (kes antenatal) dan postnatal
b. Sakit puan
c. Kemoterapi
- Perawatan pesakit di Labour & Delivery Suite (LDS)
- Bersalin
- Penjagaan rapi (High Dependency care/PE Room)
- Kelahiran pramatang - tocolysis
2. Perkhidmatan Pembedahan Major dan Minor
- Lower Segment Caesarean Section (LSCS)
- Evacuation of Retained Product of Conception (ERPOC)
- Suction & Currettage
- Laparotomy
- Hysterectomy
- Laparoscopic & Hysteroscopic surgeries (Cystectomy, Evisceration, Salphingectomy)
- Cervical Cerclage
- Sterilisation
3. Perkhidmatan Pesakit Luar
Perkhidmatan pesakit luar di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi terdiri daripada dua komponen utama iaitu Klinik Pakar O&G dan Early Pregnancy Assessment Clinic (EPAC) yang terletak di lokasi yang berbeza bagi mempastikan kualiti perkhidmatan dan keselesaan kepada pelanggan dan juga kakitangan terjaga.
Secara amnya perkhidmatan di Klinik Pakar O&G adalah berdasarkan temujanji yang telah ditetapkan yang boleh dibuat dengan menghubungi kakitangan bertugas di Klinik Pakar O&G. Kedatangan pesakit pada tarikh temujanji adalah mengikut sistem waktu anjal. Bagi kes yang memerlukan temujanji segera, perbincangan boleh dibuat bersama mana-mana Pakar O&G, Hospital Kemaman.
Jadual perjalanan perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar O&G Hospital Kemaman adalah seperti berikut:
Hari |
Pagi |
Petang |
Ahad |
|
|
Isnin |
|
|
Selasa |
|
|
Rabu |
|
|
Khamis |
|
|
Perincian Sesi Klinik di Jabatan O&G, Hospital Kemaman
Klinik Antenatal Kakitangan (Hospital Kemaman)
- Setiap pagi Ahad
- Diuruskan oleh Jururawat Terlatih dan Jururawat Masyarakat
- Pengwujudan adalah untuk memberi kemudahan kepada kakitangan hospital untuk mengikuti pemeriksaan antenatal (seperti yang dijalankan di klinik kesihatan), bagi kes berisiko rendah.
Klinik Pakar (Am) O&G
- Setiap hari Isnin dan Rabu bermula jam 8.30 pagi
- Diuruskan oleh Pegawai Perubatan dan Pakar O&G
- Semua kedatangan pesakit adalah mengikut temujanji
- Perkhidmatan meliputi kedua-dua bidang Obstetirik dan Ginekologi yang memerlukan rawatan kepakaran.
Detail Scan
- Setiap Ahad, bermula jam 10.00 pagi
- Diuruskan oleh Pakar O&G
- Kedatangan adalah melalui temujanji
- Skop perkhidmatan
- Pemeriksaan ultrasound (saringan) bagi kes berisiko tinggi
- Pengesahan keabnormalan janin melalui pemeriksaan ultrasound
- Prosedur diagnostik prenatal termasuk prosedur invasive
- Perancangan perawatan semasa dan selepas kelahiran
- Kaunseling berkaitan pemeriksaan ultrasound serta ujian prenatal berkaitan
Obstetric Ultrasound (Referrel)
- Setiap Selasa dan Khamis bermula jam 9.30 pagi
- Diuruskan oleh Pegawai Perubatan O&G di bawah pengawasan Pakar O&G
- Kedatangan ibu mengandung adalah melalui temujanji
- Perkhidmatan adalah bertujuan pengesahan hasil pemeriksaan ultrasound pada ibu mengandung yang telah dijalankan di premis kesihatan primer
- Antara kes yang boleh dirujuk adalah:
- Suspected IUGR (difference of more than 3 weeks from gestation)
- Abnormality of the amniotic fluid (oligo or polyhydramnios)
- Asymptomatic low lying placenta
- Suspected macrosomia
- Multiple pregnancy of unconfirmed chorionicity
Combined Clinic
- Setiap hari Isnin minggu terakhir setiap bulan
- Diuruskan oleh Pakar O&G bersama Pakar Perubatan
- Pewujudan klinik ini adalah bagi memberikan perawatan kepakaran perubatan dan obstetrics pada waktu yang sama
- Kedatangan kes adalah mengikut temujanji yang diterima dari wad dan klinik pakar di Hospital Kemaman
Pre-conception Clinic
- Setiap Selasa pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan bermula jam 2.30 petang
- Diuruskan oleh Pegawai Perubatan dan Pakar O&G
- Perkhidmatan merangkumi khidmat kaunseling pra-kehamilan bagi kes berisiko tinggi serta kaunseling dan inisiasi kaedah perancang keluarga.
4. Lawatan Pakar ke Klinik Pakar O&G Hospital Dungun - setiap Ahad minggu kedua
AKTIVITI JABATAN
HARI |
PAGI |
PETANG |
AHAD |
Ward Round
|
Klinik Kolsposkopi |
ISNIN |
Ward Round |
Pre-op Round |
SELASA |
Ward Round |
Pembedahan Elektif |
RABU |
Ward Round |
CME Jabatan |
KHAMIS |
Grand Ward Round |
Audit Jabatan |
*Klinik Antenatal, Postnatal, Ginekologi dan Fertility