JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL


PENGENALAN 

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kemaman beroperasi mulai 5 Januari 2011 setelah mempunyai seorang Pakar Psikiatri yang tetap. Walau bagaimanapun, perkhidmatan kepakaran Psikiatri telah bermula semenjak tahun 2005 di mana Pakar Psikiatri dari Hospital Sultanah Nur Zahirah telah menjalankan Klinik Pakar Psikiatri (Lawatan) sebulan sekali. Jabatan ini mempunyai seorang Pakar Psikiatri, seorang Pegawai Perubatan, seorang Pegawai Psikologi, 2 orang Jurupulih Carakerja (penempatan secara giliran selama setahun), seorang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat Terlatih. Perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental yang disediakan adalah bagi penduduk selatan Negeri Terengganu dan juga penduduk Pahang yang berdekatan dengan sempadan Terengganu-Pahang.

VISI
Penduduk di kawasan liputan Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Jabatan Psikiatri Hospital Kemaman akan terdiri dari individu, keluarga dan masyarakat yang menikmati tahap kesihatan mental yang optimum melalui perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental yang komprehensif, adil dan saksama, cekap, mampu disediakan dan diperolehi, sesuai dan serasi dengan sosiobudaya masyarakat. Sistem ini juga mengutamakan perkhidmatan psikiatri dalam komuniti, berkualiti, peka kepada sensitiviti masyarakat tempatan, menghormati kemuliaan dan kerahsiaan insan serta mempromosi kesihatan mental dan menggalakkan tanggungjawab individu, keluarga dan masyarakat kearah peningkatan kesihatan mental dan kehidupan berkualiti.

MISI 
Misi Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental ialah untuk menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental bercirikan budaya koperat Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu Profesionalisma, Perkhidmatan Penyayang dan Kerja Berpasukan dengan penglibatan dan penyertaan individu, keluarga, penjaga dan masyarakat untuk penjagaan dan promosi kesihatan mental bagi merangsang dan memudahkan masyarakat untuk :

• Memperolehi perkhidmatan rawatan dan pemulihan psikiatri
• Menikmati kemudahan psikiatri dan kesihatan mental yang mengutamakan perkhidmatan dalam komuniti
• Mencapai sepenuhnya potensi kesihatan mental mereka
• Menghargai kesihatan mental sebagai aset yang bernilai

OBJEKTIF 

Memberi perkhidmatan psikiatri yang bermutu melalui diagnosa, rawatan, kaunseling dan pemulihan yang komprehensif, profesional dan berkesan untuk semua pelanggan tanpa diskriminasi sosiobudaya dan tahap penyakit yang dialami oleh pelanggan, memangkin pencapaian tahap kefungsian optimum pelanggan serta mempromosi kesihatan mental dalam komuniti.

PIAGAM PELANGGAN KLINIK PAKAR PSIKIATRI

1. Setiap pelanggan akan diberi rawatan pesakit luar psikiatri yang mesra dan profesional

2. Masa menunggu untuk pendaftaran ialah 15 minit, dan rawatan akan diberikan dalam masa 90 minit

3. Kerahsiaan maklumat setiap pelanggan sentiasa dihormati dan dijaga dengan baik

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

• Perkhimatan Rawatan Pesakit Luar
• Klinik Pakar Psikiatri
• Perkhidmatan Psikiatri dalam Komuniti (meliputi kawasan sekitar 30km dari Hospital Kemaman)
• Rawatan Psikiatri dalam Komuniti (Akut dan Asertif)
• Perkhidmatan Rehabilitasi (Pemulihan) Psikiatri
• Penilaian awal semasa sesi Klinik
• ‘Day Care' (Rawatan Harian) – 3 kali seminggu (Isnin, Selasa dan Rabu)
• Rehabilitasi dalam Komuniti
• ‘Job Placement' dan ‘Supported Employment'
• ‘Liaison psychiatry' (rundingcara pesakit dalam yang dirujuk oleh Jabatan lain)
• Klinik Terapi Gantian Metadon
• Psikologi dan Kaunseling
• Psikoterapi
• Perkhidmatan Minda Sihat untuk anggota Hospital

Jabatan ini juga berperanan dalam merencana dan mengkoordinasi perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental di peringkat daerah Kemaman dan Dungun. Di antara aktiviti yang disediakan adalah:

• Integrasi Perkhidmatan Psikiatri di Hospital Tanpa Pakar - Perkhidmatan Lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital Dungun (2 kali sebulan)
• Networking' Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dengan Klinik Kesihatan di Daerah Kemaman dan Dungun
• Perkhidmatan Penjagaan Primer dan Promosi Kesihatan Mental

KLINIK TERAPI GANTIAN DENGAN METADON

Hari

Waktu

Ahad - Khamis

8 pagi - 9.30 pagi

Jumaat, Sabtu & Kelepasan Am

9 pagi - 10 pagi


KLINIK PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 

Urusan bagi mendapatkan tarikh temujanji dengan Pegawai Psikologi adalah melalui kaunter Klinik Pakar. Untuk kes-kes yang memerlukan perhatian SEGERA Pegawai Psikologi hendaklah berurusan terus melalui panggilan dengan Pegawai Psikologi sendiri.

** Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental bolehlah berhubung di talian 09- 8513333 sambungan 3395/3380/3381
 

“HENTIKAN DISKRIMINASI, BERIKAN PENJAGAAN”

 

 

Maklumat Sistem temujanji berperingkat KLINIK PAKAR (STAGGERED HOUR)

KAUNTER PENDAFTARAN BERPUSAT KLINIK PAKAR

DIBUKA TEMUJANJI
8.00 am - 9.00 am 8.00 am
9.00 am - 10.00 am 9.00 am
10.00 am - 11.00 am 10.00 am
11.00 am- 12.00 pm 11.00 am
* Tuan/puan diminta mematuhi dan datang mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan. Tuan/puan juga digalakkan untukdatang awal untuk urusan pendaftaran dan lain-lain hal.

Waktu Melawat

Ahad - Khamis

sesi tengahari
(12.30pm - 2:00pm)
sesi petang
(4.30pm - 7:00pm)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
12.30pm - 7.00pm

Waktu Operasi

Kecemasan : 24 jam

Kaunter Farmasi Dalam
Ahad-Sabtu
(8.00 am - 10 pm)

Kaunter Unit Hasil : 24 jam

Jabatan Rekod Perubatan : 
Ahad-Rabu (8.00 am– 5.00 pm)
Khamis- (8.00 am- 3.30 pm)
(Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm)

Lokasi Kami

Pautan Dalaman

            

 

 

Pautan Luaran

Hubungi Kami
Hospital Kemaman, Jalan Da' omar, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
No Telefon : 09-8513333
http://hkemaman.moh.gov.my
_______________________________________________________________________________________________
Hakcipta terpelihara © 2019 Hospital Kemaman
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800

Kemas kini terakhir : 23 Mac 2023, 9.15am

1.png7.png3.png0.png1.png7.png
Today150
This week887
This month4999

23 March 2023