JABATAN REKOD PERUBATAN


PENGENALAN

Jabatan Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan bukan klinikal yang disediakan di Hospital Kemaman. Jabatan Rekod Perubatan terletak di tingkat atas dan berkongsi bangunan dengan Dewan Ibnu Sina serta Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi. Jabatan ini juga adalah bersebelahan dengan bangunan wad.

VISI

Jabatan Rekod Perubatan akan menjadi sebuah jabatan yang berwibawa dalam pengurusan rekod perubatan pesakit di samping menjadi sebuah Pusat Informasi dan Dokumentasi Hospital Kemaman bagi memenuhi kehendak pelanggan.

MISI

Memberi perkhidmatan yang berkaitan dengan rekod perubatan pesakit dan statistik hospital dengan berasaskan pengamalan budaya korporat serta berpandukan garis panduan yang terkini bagi memenuhi kehendak setiap pelanggan.

OBJEKTIF UMUM

Menyediakan perkhidmatan rekod perubatan yang berkualiti selaras dengan ketetapan piagam pelanggan.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Mempastikan sistem pengurusan rekod perubatan pesakit adalah berkualiti.

2. Mempastikan proses pengeluaran rekod perubatan pesakit mengambil masa yang paling minima.

3. Meninggikan daya perkhidmatan dengan mencapai etika kerja yang baik di samping memperkukuhkan lagi pengurusan yang sedia ada bagi menjamin kerahsiaan maklumat pesakit terpelihara.

4. Mempastikan maklumat statistik yang berkualiti bagi tujuan perancangan, belanjawan dan penilaian perkhidmatan perawatan perubatan.

FUNGSI

1. Mengurus dan menyelaras semua urusan berkaitan dengan pengurusan rekod perubatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

2. Mengurus permohonan laporan perubatan, lembaga perubatan dan jemaah doktor PERKESO.

3. Mengumpul, menyemak dan menyediakan laporan statistik hospital.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional

2. Semua maklumat dan data pesakit akan disimpan dan dirahsiakan

3. Permohonan Laporan Perubatan akan diproses dan disiapkan dalam tempoh 4 minggu selepas permohonan lengkap diterima

4. Rekod perubatan pesakit yang dipohon akan dikeluarkan dalam tempoh 10 minit sekiranya maklumat lengkap diterima

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit

2. Penyediaan Laporan Perubatan Pesakit

3. Penyediaan Statistik Hospital

4. Lembaga Perubatan dan Persidangan Jemaah Doktor PERKESO

PROSEDUR PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

1. Cara memohon :

Permohonan laporan perubatan boleh dibuat seperti berikut :

a. Hadir terus ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan dan kemukakan borang permohonan berserta dokumen dan butiran lengkap.

(Borang permohonan boleh diperolehi di Jabatan Rekod Perubatan)

b. Hantar permohonan bertulis bersama dokumen serta butiran lengkap.

2. Dokumen/Butiran lengkap diperlukan :

a. Maklumat nama, no. kad pengenalan, alamat, tarikh rawatan, tempat terima rawatan

b. Salinan kad pengenalan pesakit

c. Salinan sijil kematian (jika pesakit meninggal dunia)

d. Salinan kad temujanji klinik/nota discaj

e. Surat keizinan pesakit

•  jika pesakit berumur 18 tahun ke atas, perlu surat keizinan dari pesakit sendiri

•  jika pesakit berumur < 18 tahun, perlu surat keizinan dari ibu/bapa

•  jika pesakit meninggal dunia, perlu surat keizinan dari waris terdekat

f. Bayaran dalam bentuk wang tunai atau wang pos/kiriman wang/cek atas nama Pengarah Hospital Kemaman

g. Borang Tuntutan Insuran/KWSP/PERKESO (jika berkenaan)

3. Tempoh siap Laporan Perubatan

Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh terima permohonan lengkap.

4. Kadar bayaran (Tertakluk kepada Akta Fee 1972)

 Jenis Laporan  Jumlah
 Laporan biasa/ insuran/PERKESO/KWSP  RM 40.00
 Laporan ringkas disediakan oleh  pakar  RM 80.00
 Laporan lengkap disediakan oleh pakar  RM 200.00 - RM 1000.00 bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat

•  Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/ kiriman wang/wang pos yang perlu dibuat atas nama Pengarah Hospital Kemaman.

•  Kadar bayaran bagi pesakit warganegara asing adalah dua kali ganda daripada bayaran yang telah dinyatakan seperti di atas.

WAKTU PERKHIDMATAN

Hari Waktu
Ahad hingga Rabu 8 pagi - 5 petang
Khamis 8 pagi - 3.30 petang
Jumaat, Sabtu & Kelepasan Am Tutup


  Carta Rekod Perubatan

Maklumat Sistem temujanji berperingkat KLINIK PAKAR (STAGGERED HOUR)

KAUNTER PENDAFTARAN BERPUSAT KLINIK PAKAR

DIBUKA TEMUJANJI
8.00 am - 9.00 am 8.00 am
9.00 am - 10.00 am 9.00 am
10.00 am - 11.00 am 10.00 am
11.00 am- 12.00 pm 11.00 am
* Tuan/puan diminta mematuhi dan datang mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan. Tuan/puan juga digalakkan untukdatang awal untuk urusan pendaftaran dan lain-lain hal.

Waktu Melawat

Ahad - Khamis

sesi tengahari
(12.30pm - 2:00pm)
sesi petang
(4.30pm - 7:00pm)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
12.30pm - 7.00pm

Waktu Operasi

Kecemasan : 24 jam

Kaunter Farmasi Dalam
Ahad-Sabtu
(8.00 am - 10 pm)

Kaunter Unit Hasil : 24 jam

Jabatan Rekod Perubatan : 
Ahad-Rabu (8.00 am– 5.00 pm)
Khamis- (8.00 am- 3.30 pm)
(Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm)

Lokasi Kami

Pautan Dalaman

            

 

 

Pautan Luaran

Hubungi Kami
Hospital Kemaman, Jalan Da' omar, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
No Telefon : 09-8513333
http://hkemaman.moh.gov.my
_______________________________________________________________________________________________
Hakcipta terpelihara © 2019 Hospital Kemaman
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800

Kemas kini terakhir : 23 Mac 2023, 9.15am

1.png7.png3.png0.png2.png7.png
Today160
This week897
This month5009

23 March 2023