BAHAGIAN PENGURUSAN
PENGENALAN
Bahagian Pengurusan adalah bahagian yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua jabatan klinikal dan bukan klinikal dalam menguruskan sumber manusia, kewangan dan hasil, pentadbiran am, aset dan latihan, pembangunan perolehan dan perhubungan awam. Bahagian ini ditubuhkan sejak penubuhan Hospital Kemaman
OBJEKTIF
Memastikan khidmat pengurusan dari segi pengurusan personal orang awam, pengurusan kewangan dan kutipan hasil, pengurusan projek pembangunan, aktiviti kejururawatan dan latihan dalam perkhidmatan dilaksanakan dengan cekap, mesra, sistematik dan berkualiti bagi menjamin perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan.
VISI
Bahagian ini akan menjadi sebuah unit yang terdiri daripada anggota yang cekap dan mesra pelanggan disamping mengutamakan pengurusan yang efisyen yang berkualiti
MISI
Meningkatkan mutu pengurusan pentadbiran, dan kewangan ke tahap yang cemerlang mengikut peraturan dan prosedur bagi menjamin perkhidmatan berkualiti
FUNGSI UTAMA BAHAGIAN PENGURUSAN
PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA
Aktiviti:
1.1.1 Urusan menerima pegawai melapor diri bagi lantikan baru dan bertukar masuk
1.1.2 Urusan pengesahan dalam jawatan
1.1.3 Urusan cuti anggota
1.1.4 Pengendalian kenaikan pangkat anggota
1.1.5 Pengurusan pencen anggota
1.1.6 Pengurusan laporan nilaian prestasi anggota
1.1.7 Pengendalian tatatertib
KEWANGAN DAN HASIL
Aktiviti:
· Pengurusan bayaran
· Pengurusan bayaran gaji anggota
· Pengurusan pengeluaran pesanan alat tulis dan bekalan pejabat
· Pengendalian kutipan hasil
· Pengendalian bil-bil tertunggak dan proses hapus kira/pelupusan
· Pengurusan kutipan kantin/kuaters
· Penyediaan laporan kutipan hasil, bil hospital dan penyata penyesuaian hasil dan amanah
· Pengurusan perolehan pembangunan dan pembaikian kecil
· Pengurusan panjar wang runcit dan panjar khas
PENTADBIRAN AM / ASET DAN LATIHAN
Aktiviti:
· Pengurusan fail jabatan
· Pengendalian surat menyurat
· Pengurusan aset / stor jabatan
· Pengurusan kuaters
· Penyelarasan Keselamatan
· Penyelarasan penggunaan Bilik Mesyuarat dan Dewan Ibnu Sina
· Perpustakaan
· Pengurusan latihan anggota
PERHUBUNGAN AWAM
Aktiviti:
· Perkhidmatan telefonis
· Pengendalian aduan dan maklumbalas pelanggan
· Mengambil gambar/ perfileman / temubual
· Pengeluaran maklumat
· Forum awam dan pameran
PEMBANGUNAN DAN PEROLEHAN
Aktiviti:
· Perancangan Projek Pembangunan
· Pemantauan Projek Pembangunan
· Menguruskan perolehan secara pembelian terus dan sebut harga/kerja dan perkhidmatan hospital