JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN
PENGENALAN
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan perkhidmatan sokongan yang bertujuan untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan. Jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai dietetic U44.
VISI
Jabatan Sajian dan Dietetik akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
MISI
Jabatan Sajian & Dietetik berusaha untuk :
Perkhidmatan Sajian
• Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
• Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
Perkhidmatan Dietetik
• Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘ evidence –based' di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
• Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
OBJEKTIF UMUM
Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
OBJEKTIF KHUSUS
1. Untuk membekalkan diet normal dan diet terapeutik mengikut pesanan wad bagi kelas tiga dan kanak-kanak.
2. Untuk membekalkan diet kelas satu bagi doktor bertugas atas panggilan
3. Untuk membekalkan catuan makan malam bagi anggota bertugas malam yang layak.
4. Untuk memberi khidmat ‘ medical nutrition therapy' bagi ‘ oral diet' serta ‘nutrition support' kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
5. Untuk memberi latihan praktikal katering dan ‘ intership ' dietetik kepada pelatih Institusi Pendidikan Tinggi.
6. Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan
PIAGAM PELANGGAN
1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional
Bahagian Perkhidmatan Sajian
1. Membekalkan diet yang berkhasiat dan sesuai dengan keperluan pemakanan pelanggan serta memenuhi cita rasa tempatan.
2. Diet yang dibekalkan dijamin berkualiti, bersih dan selamat
3. Diet yang dibekalkan betul mengikut bilangan dan jenis diet yang dipesan
Bahagian Perkhidmatan Dietetik
1. Pesakit yang dirujuk akan diberi saranan pemakanan bersesuaian mengikut keadaan penyakit
SKOP PERKHIDMATAN DIETETIK KLINIKAL
1. Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat ‘medical nutrition therapy'
2. Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan
3. Latihan ‘internship' dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institut Pendidikan Tinggi mengikut keperluan
4. Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan
BAGAIMANA PEGAWAI DIETETIK BOLEH MEMBANTU ANDA
Pegawai Dietetik boleh
1. Memberi pengurusan diet spesifik berdasarkan rujukan pegawai perubatan sekiranya terdapat penyakit yang berkaitan:
· Alergi
· Kanser
· Kardiovaskular
· Diabetes
· Tekanan darah tinggi
· Renal
· Gastrointestine
· Malnutrisi
· Gangguan pemakanan
· FTT (Failure to thrive)
2. Memberi konsultasi pemakanan kepada keluarga, bayi, kanank-kanak, remaja, dewasa, bakal ibu.
3. Memberi panduan asas pemakanan bagi seseorang individu.
SKOP PERKHIDMATAN SAJIAN
1. Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak. Jenis diet samada diet normal atau diet terapeutik akan ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau doktor.
2. Ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak iaitu MAC (Mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga.
3. Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga berumur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu.
4. Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital, akan dibekalkan diet kelas satu.
5. Anggota bertugas malam yang layak akan dibekalkan catuan makan malam mengikut kadar yang telah ditetapkan.
6. Latihan praktikal katering akan diberikan kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan
7. Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan
WAKTU OPERASI
Klinik Kaunseling Diet (Pesakit Luar)
Hari |
Waktu |
Ahad - Rabu |
9 pagi - 1 tengah hari |
NO. TELEFON TALIAN TERUS
JAWATAN |
NO.TEL |
Pegawai Dietetik (Ketua Jabatan) |
09-851 3454 |
Pegawai Dietetik |
09-851 3453 |
Pen Pegawai Penyediaan Makanan 1 |
09-851 3453 / 3450 |
Pen Pegawai Penyediaan Makanan 2 |
09-851 3452 / 3450 |
Unit Dapur |
09-851 3450 |