KINTSUKUROI
Hospital Kemaman adalah antara salah sebuah hospital yang berfungsi sebagai pusat latihan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di Malaysia. Setiap PPS akan menjalani latihan selama dua tahun dan melalui penggiliran di enam posting termasuk di Jabatan Perubatan, Pediatrik, Pembedahan, Ortopedik, Sakit Puan, Kecemasan dan Anaestesia. Sepanjang tempoh latihan ini PPS akan bekerja di bawah pengawasan Pakar dan Pegawai Perubatan bagi memastikan mereka berjaya menjadi seorang pegawai peruabtan yang kompeten dan selamat apabila tamat latihan kelak.
Bagi memastikan setiap PPS berjaya menjalani tempoh ini dengan jayanya, Hospital Kemaman telah menubuhkan sebuah unit khas yang akan bertindak sebagai kumpulan sokongan kepada semua Pegawai Perubatan dan khususnya kepada Pegawai Perubatan Siswazah (PPS).
OBJEKTIF
Objektif Unit Kintsukuroi Hospital Kemaman adalah seperti berikut:
1. Menjadi platform bagi PPS dan Pegawai Perubatan menyuarakan masalah dan juga mendapat sokongan serta bantuan sepanjang mereka menjalani housemanship di Hospital Kemaman.
2. Menjadi badan yang boleh menyuarakan isu PPS dan Pegawai Perubatan termasuk isu tekanan kerja, masalah buli di tempat kerja dan lain-lain kepada pihak pengurusan tanpa mendedahkan identiti pegawai terbabit.
3. Mengadakan pelbagai program bagi memantapkan diri PPS sepanjang Housemanship dan menyediakan mereka bagi menghadapi kehidupan sebagai Pegawai Perubatan sebaik sahaja menamatkan Housemanship.
Unit ini diselaraskan oleh Dr. Ahmad Mahyuddin Dato’ Mohamed. Ia turut disertai oleh beberapa pakar dan pegawai perubatan, pegawai psikologi dan pegawai perubatan siswazah yang bertugas secara sukarela.
CARTA ORGANISASI
Unit Kintsukuroi Hospital Kemaman boleh dihubungi di talian 09-851333 ext 3305.