JABATAN OTORINOLARINGOLOGI (TERAPI PERTUTURAN & BAHASA)
Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa adalah satu perkhidmatan yang diberikan kepada individu yang mengalami kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, menelan dan feeding melalui penilaian, diagnosa dan intervensi yang bersesuaian. Perkhidmatan ini bermula sebagai lawatan bulanan di Hospital Kemaman pada tahun 2008 oleh Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan dari HSNZ.
Perkhidmatan ini secara rasminya bermula dengan kedatangan Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan pada tahun 2012. Perkhidmatan ini diletakkan di bawah Jabatan Perubatan Rehabilitasi bersama- sama dengan pemulihan yang lain iaitu Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Carakerja. Perkhidmatan ini disediakan bagi komuniti daerah Kemaman dan kawasan sekitarnya merangkumi:
– Saringan pertuturan bahasa
– Penilaian dan diagnosa pertuturan bahasa
– Intervensi pertuturan bahasa
– Kaunseling pertuturan bahasa
– Pencegahan & pendidikan pertuturan bahasa
– Dokumentasi kes pertuturan bahasa
– Kolaborasi dan rujukan kepada profesional lain
VISI
Unit Terapi Pertuturan-Bahasa akan memberi perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa yang terbaik kepada semua pesakit demi menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna
MISI
- Unit Terapi Pertuturan-Bahasa akan memberikan perkhidmatan terapi pertuturan, bahasa dan penelanan yang berkualiti secara berterusan kepada semua pesakit.
- Pesakit akan diberi rawatan yang bersesuaian di dalam persekitaran yang mesra dan kondusif.
- Kerahsiaan pesakit dihormati dan dipelihara oleh kakitangan yang professional, penyayang dan bekerja sepasukan.
- Terapis Pertuturan-Bahasa sentiasa dinamik bagi meningkatkan kepakaran dan pengalaman dengan menghadiri program latihan secara berterusan.
OBJEKTIF UMUM
Untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi pesakit yang bermasalah kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, menelan dan feeding melalui penilaian, diagnosa, intervensi yang bersesuaian, kaunseling dan pendidikan berterusan
OBJEKTIF KHUSUS
1. Menilai, mendiagnosa dan menyediakan pengurusan serta rawatan yang efektif dan berkesan pada pesakit yang bermasalah kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, menelan dan feeding.
2. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan masalah kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, menelan dan feeding.
3. Mewujudkan kerjasama dengan Badan- Badan/Pertubuhan/ Institusi Kerajaan Atau Bukan Kerajaan.
PIAGAM PELANGGAN
Unit Terapi Pertuturan- Bahasa beriltizam untuk :
- Memberi perkhidmatan yang cekap di dalam persekitaran yang mesra dan kondusif.
- Menjalankan perkhidmatan terapi pertuturan, bahasa dan penelanan yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan mengikut temujanji serta giliran dalam masa dan tempoh yang telah ditetapkan.
- Memastikan pesakit diberi temujanji berikutnya (jika perlu) dan memberi program latihan di rumah selepas tamat sesi rawatan.
- Memastikan bahawa :
4.1 Pesakit dalam (wad) dilihat / dirawat dalam tempoh 5 hari bekerja selepas rujukan diterima.
4.2 Pesakit luar baru dilihat / dirawat dalam tempoh 3 bulan mengikut masa temujanji yang ditetapkan selepas rujukan diterima.
4.3 Pesakit luar ulangan dilihat / dirawat dalam tempoh 45 minit mengikut masa temujanji yang ditetapkan.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Menjalankan tugas-tugas perancangan penilaian dan (re)habilitasi ke atas pesakit yang mengalami masalah-masalah berikut:
- Kecelaruan bahasa
- Komunikasi perolehan
- Masalah Kecelaruan Suara
- Kecelaruan Pembelajaran Specifik
- Pendengaran pre dan pos lingual
- Disfagia – Kanak-kanak dan dewasa
- Gangguan Sebutan
- Gagap
- Resonan
- Feeding
2. Merancang, menyelia dan melaksanakan latihan penggunaan kaedah komunikasi pilihan(AAC) kepada pesakit-pesakit bermasalah komunikasi yang teruk.
3. Menjalankan sesi kaunseling pada pesakit dan keluarga berkaitan masalah komunikasi.
4. Menyediakan dan memberi latihan program di rumah kepada pesakit.
5. Menyediakan dan melatih penggunaan Alat Bantu Mengajar bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan-bahasa.
6. Merancang dan menjalankan aktiviti terapi berkumpulan.
7. Menyediakan laporan berkaitan pemulihan dan kemajuan pesakit.
8. Memberi pendidikan dan khidmat nasihat berkaitan rawatan pemulihan pesakit.
9. Memberi ceramah dibidang Sains Pertuturan kepada profesional lain seperti Pegawai Perubatan, Jururawat dan dietetik serta masyarakat.
WAKTU OPERASI
* Waktu operasi Unit Terapi Pertuturan_Bahasa mengikut tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan.
Ahad hingga Rabu
8.00 a.m. hingga 1:00 p.m dan 2.00 pm hingga 5.00 pm
Khamis
8.00 a.m. hingga 1:00 p.m dan 2.00 p.m hingga 3.30p.m
Unit Terapi Pertuturan_Bahasa boleh dihubungi di talian 09- 8513333 sambungan 3400/3405