PENGENALAN
Jabatan Otorinolaringologi Hospital Kemaman adalah salah satu jabatan yang beroperasi di bawah direktorat
perkhidmatan pembedahan. Operasi Klinik Pakar Otorinolaringologi terletak di Klinik Pakar 2. Bermula tahun 2017,
jabatan ini telah beroperasi dengan diketuai oleh 1 orang Pakar dan dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan, 2 orang
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) dan seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan).
Bilangan anggota terkini adalah terdiri daripada 2 orang Pakar dan dibantu oleh 4 Pegawai Perubatan, 2 orang
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) dan 2 orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan).
Kakitangan sokongan lain terdiri daripada 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U29, seorang Jururawat
U29(gunasama), seorang Jururawat masyarakat(gunasama) dan seorang Pembantu Perawatan
Kesihatan U3(gunasama) serta seorang Pembantu Tadbir(gunasama).
VISI/MISI/OBJEKTIF
Visi Jabatan ORL.
Jabatan Otorinolaringologi sebagai Jabatan yang memberi perkhidmatan kepakaran yang cemerlang, selamat dan
penyayang berteraskan persekitaran kerja mesra dan budaya yang menepati prinsip-prinsip kualiti.
Misi Jabatan ORL.
Jabatan Otorinolaringologi menyediakan perkhidmatan kepakaran yang mesra pelanggan, cemerlang dan inovatif
dengan menggunakan teknologi terkini yang berteraskan kerja berpasukan dan profesionalisme kepada semua pesakit
di kawasan Pantai Timur terutamanya di Negeri Terengganu, dalam persekitaran kerja yang kondusif bersesuaian
dengan kebudayaan dan keperluan masyarakat setempat, sejajar dengan polisi kesihatan kebangsaan.
Objektif Jabatan ORL.
1. Mengesan penyakit dengan cepat dan tepat terutamanya kes-kes kanser di bahagian kepala dan leher.
2. Melakukan penyaringan seawal mungkin kepada bayi-bayi dan kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat masalah pendengaran dan memberi intervensi
seawal mungkin bagi kes-kes yang dikenalpasti mengalami masalah pendengaran.
3. Memberikan perkhidmatan perubatan, perawatan san pemulihan yang berkesan dengan menggunakan teknologi terkini yang bersesuaian.
4. Memberi penerangan dan maklumat kesihatan yang terkini dan mudah difahami supaya pesakit bersetuju menjalani rawatan hospital terutamanya untuk
kes-kes kanser.
5. Menawarkan perkhidmatan yang sentiasa mengutamakan keselesaan dan kepuasan pelanggan.
FUNGSI (Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan)
Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :-
1. Perkhidmatan pesakit luar.
2. Perkhidmatan pesakit dalam.
3. Perkhidmatan pembedahan.
4. Perkhidmatan pemulihan perubatan (pendengaran).
5. Perkhidmatan pemulihan perubatan (pertuturan).