UNIT AUDIOLOGI


PENGENALAN

Unit Audiologi  menawarkan perkhidmatan dalam aspek pengurusan pesakit bermasalah pendengaran. Perkhidmatan Audiologi bermula di Hospital Kemaman pada tahun 2005 dan diberikan oleh Audiologis dari HSNZ sebagai lawatan bulanan di Klinik Pakar.

Namun demikian,  pada 23 Februari 2011 Unit Audiologi telah diwujudkan di klinik pakar Hospital Kemaman dengan seorang Audiologis/ Pegawai Pemulihan Perubatan ( Pendengaran) mula ditempatkan di Hospital Kemaman.

Perkhidmatan Audiologi ini disediakan bagi  komuniti daerah Kemaman dan kawasan sekitarnya.

OBJEKTIF UMUM

Untuk menyediakan  perkhidmatan ujian pendengaran kepada semua pelanggan secara professional dan berkualiti kea rah kepuasan pelanggan dan peningkatan kualiti kehidupan.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Pengesanan dan pemulihan seawal mungkin bagi individu/ golongan yang mengalami masalah pendengaran.

2. Menjalankan program rehabilitasi bagi individu/ golongan yang disahkan mengalami masalah pendengaran.

3. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan pendengaran.

4. Mewujudkan kerjasama dengan Badan- Badan/Pertubuhan/ Institusi Kerajaan Atau Bukan Kerajaan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional.

2. Pelanggan yang datang pada masa temujanji akan dilayan berdasarkan masa nombor giliran diambil.

3. Jenis rawatan yang diberi berdasarkan Hari Klinik rawatan tersebut dijalankan.

4. Tempoh masa sepanjang rawatan dijalankan sekurang-kurangnya 45 minit bagi setiap pesakit

5. Semua maklumat pelanggan adalah sulit

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Perkhidmatan Pakar Otolaringologi  (ORL) Lawatan

Minggu

Hari

Tempat

Minggu Keempat

Isnin

OT

Minggu Keempat

Selasa

Klinik Pakar

2. Perkhidmatan Audiologi

Secara umumnya, perkhidmatan Audiologi menawarkan perkhidmatan yang berikut:

•  Ujian pendengaran bagi bayi, kanak-kanak, dewasa dan warga tua.

•  Ujian saringan pendengaran neonatal

•  Mempreskripsi dan pemasangan alat bantu dengar sekiranya perlu.

•  Memberi khidmat rehabilitasi dengan menguji dan memantau keberkesanan penggunaan alat bantu dengar.

•  Memberi khidmat kaunseling berkaitan masalah pendengran, tinnitus dan penggunaan alat bantu dengar.

Namun demikian, buat masa sekarang hanya ujian saringan neonatal bagi bayi yang berisiko  dan ujian pendengaran dewasa 7 tahun ke atassahaja dapat ditawarkan di Hospital Kemaman.

Ini kerana, Unit Audiologi Hospital Kemaman dalam proses menyediakan kelengkapan yang diperlukan bagi mewujudkan perkhidmatan yang dinyatakan diatas.

Oleh itu, sebarang penambahbaikan jenis perkhidmatan yang ditawarkan nanti akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

JADUAL KLINIK AUDIOLOGI

Hari

Tugasan

Ahad

 Hospital Kemaman – Ujian Saringan Neonatal   (OAE)

Isnin

 Hospital Kemaman – Ujian Saringan Neonatal    (OAE)

Selasa

 Klinik Kesihatan Chukai – Ujian Pendengaran Dewasa   (PTA)

Rabu

 Klinik Kesihatan Chukai – Ujian Pendengaran Dewasa   (PTA)

Khamis

 Hospital Kemaman  - Ujian Saringan Neonatal (OAE)

* Waktu operasi klinik Audiologi di Klinik Kesihatan Chukai pada pukul 8.00 pagi – 12.00 tengah hari. Tarikh dan masa temujanji ditentukan sendiri oleh  Pegawai Audiologis.

Unit Audiologi boleh dihubungi di talian 09- 8513333 sambungan 3389

 

Maklumat Sistem temujanji berperingkat KLINIK PAKAR (STAGGERED HOUR)

KAUNTER PENDAFTARAN BERPUSAT KLINIK PAKAR

DIBUKA TEMUJANJI
8.00 am - 9.00 am 8.00 am
9.00 am - 10.00 am 9.00 am
10.00 am - 11.00 am 10.00 am
11.00 am- 12.00 pm 11.00 am
* Tuan/puan diminta mematuhi dan datang mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan. Tuan/puan juga digalakkan untukdatang awal untuk urusan pendaftaran dan lain-lain hal.

Waktu Melawat

Ahad - Khamis

sesi tengahari
(12.30pm - 2:00pm)
sesi petang
(4.30pm - 7:00pm)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
12.30pm - 7.00pm

Waktu Operasi

Kecemasan : 24 jam

Kaunter Farmasi Dalam
Ahad-Sabtu
(8.00 am - 10 pm)

Kaunter Unit Hasil : 24 jam

Jabatan Rekod Perubatan : 
Ahad-Rabu (8.00 am– 5.00 pm)
Khamis- (8.00 am- 3.30 pm)
(Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm)

Lokasi Kami

Pautan Dalaman

            

 

 

Pautan Luaran

Hubungi Kami
Hospital Kemaman, Jalan Da' omar, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
No Telefon : 09-8513333
http://hkemaman.moh.gov.my
_______________________________________________________________________________________________
Hakcipta terpelihara © 2019 Hospital Kemaman
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800

Kemas kini terakhir : 23 Mac 2023, 9.15am

1.png7.png3.png0.png2.png5.png
Today158
This week895
This month5007

23 March 2023