JABATAN ORTOPEDIK
PENGENALAN
Perkhidmatan Pakar Ortopedik yang tetap di Hospital Kemaman bermula dari tahun 2003. Sebelum itu, Hospital Kemaman cuma dikunjungi oleh pakar-pakar ortopedik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Skop perkhidmatan meliputi pesakit dari daerah Kemaman dan Dungun. Sejajar dengan perkembangan bidang perubatan, skop perkhidmatan jabatan ini turut berkembang juga. Jabatan ini telah diterajui oleh Ketua Jabatan Dr Ahmad Mahyuddin Dato' Mohamed.
PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
Jabatan ini memberikan perkhidmatan klinik pesakit luar ( setiap hari Isnin dan Selasa), perkhidmatan ‘POP’ setiap hari bekerja, perkhidmatan pesakit dalam ( wad lelaki/ perempuan/ kanak-kanak), pembedahan kes - kes kecemasan dan elektif ( Kes elektif dilakukan setiap hari Rabu).
VISI
Ke arah perkhidmatan ortopedik yang cemerlang dan mesra pelanggan.
MISI
Memberikan perkhidmatan ortopedik secara cekap, cepat dan tepat.
OBJEKTIF UMUM
Memberikan perkhidamatan rawatan ortopedik yang berkualiti, dengan menggunakan sumber tenaga dan peralatan secara optima, serta mementingkan kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF KHUSUS
• Menyediakan rawatan kepakaran ortopedik kepada semua pesakit.
• Merujuk awal pesakit ke hospital tertiar bila perlu.
• Memantapkan pengetahuan dan kemahiran semua anggota.
CARTA ORGANISASI
FUNGSI DAN PERANAN
• Menyediakan perkhidmatan rawatan ortopedik kepada pesakit daerah Kemaman.
• Memberikan perkhidmatan klinik pakar dan pembedahan kes minor di Hospital Dungun.
• Menerima dan merawat pesakit kes rujukan daripada jabatan-jabatan lain Hospital Kemaman
• Menerima dan merawat pesakit kes rujukan daripada premier-premier kesihatan yang lain.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
• Perawatan semua pesakit dalam ortopedik
• Melakukan pembedahan kes-kes ortopedik
• Memberikan perkhidmatan kecemasan kes-kes ortopedik
• Perkhidmatan klinik pakar ortopedik
CARTA ORGANISASI