1.         PENGENALAN.

Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan Radiografi Am termasuk X-ray Mudah-Alih dan Dewan Bedah, Pemeriksaan Pemeriksaan Intravenous Urografi (IVU), CT Scan, Mamografi dan Ultrasound. Pelanggan yang yang menerima perkhidmatan ini  terdiri dari pesakit luar, pesakit dalam dan juga rujukan dari fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

Pemeriksaan X-ray selain di atas akan dirujuk ke Hospital Lain  kerana tiada modaliti yang berkaitan seperti Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

 2.        VISI

Menyediakan perkhidmatan radiologi yang bernilai diagnostik secara profesional kepada pelanggan.

 3.         MISI

Mempastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan radiologi yang efektif melalui penggunaan teknologi sedia ada secara optima dan bersesuaian dengan dengan kadar radiasi yang selamat.

 4.         GOAL

Menyediakan perkhidmatan radiologi yang bernilai diagnostik bagi tujuan membantu pegawai perubatan dan pakar dalam mendiagnosa penyakit dengan tepat dan cepat

5.         OBJEKTIF

5.1.     Menghasilkan radiograf yang bernilai diagnostik dan melakukan prosedur terapeutik serta memberi laporan yang tepat dan cepat ke atas pemeriksaan radiologi

5.2.     Meminimumkan dos radiasi yang diterima oleh pesakit dengan mengamalkan prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable).

6.    PIAGAM PELANGGAN

6.1.           Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional

6.2.          Semua Pemeriksaan Radiologi hanya akan dilakukan dengan permintaan Pakar/Pegawai Perubatan, dimana kes-kes kecemasan akan diberi  keutamaan

6.3.          Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur pemeriksaan

6.4.          Tempoh masa bermula dari pendaftaran pesakit sehingga filem siap dicetak bagi setiap permohonan adalah seperti berikut:

Pemeriksaan Radiologi

Masa diambil

Radiografi Am

60 minit

Mammogram

60 minit

Ultrasound

60 minit

CT Scan

60 minit

IVU

120 minit

 7.   SKOP PERKHIDMATAN

7.1        Waktu Perkhidmatan

Secara umumnya, perkhidmatan radiologi dilakukan pada hari bekerja dan waktu pejabat kecuali kes-kes kecemasan:

Petugas

Waktu Operasi

 

Pakar Radiologi;

Pegawai Perubatan Radiologi;

Juru X-ray;

Jururawat;

Pembantu Perawatan kesihatan

 

Waktu Pejabat

8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad – Rabu)

8.00 pagi – 3.30 petang (Khamis)

Waktu Rehat

1.00 tengahari – 2.00 petang

Jumaat dan sabtu

Cuti

Pemeriksaan bagi semua modaliti akan diteruskan semasa waktu rehat dan selepas waktu bekerja, jika masih ada pesakit yang sedang atau belum menjalani pemeriksaan.

7.2      Perkhidmatan selepas Waktu Kerja, Hari Rehat Mingguan Dan Hari Kelepasan Am.

7.2.1         Radiografi Am dan Radiografi di wad (Mobile) bagi  pesakit-pesakit dari Jabatan Kecemasan dan Wad-wad.

Petugas

Waktu Operasi (Tugas secara Syif)

Juru X-ray

7.30 pagi      -   3.30 petang

3.30 petang  - 10.30 malam

10.30 malam -  7.30 pagi

Pembantu Perawatan Kesihatan

7.2.2          Pengimejan di Dewan Bedah:

Petugas

Waktu Operasi

Juru X-ray

Tugas Atas Panggilan

7.2.3          CT       Scan:

Petugas

Waktu Operasi

Pakar Radiologi

 

Tugas Atas Panggilan

Pegawai Perubatan

Juru X-ray

7.2.4          Ultrasound

Petugas

Waktu Operasi

Pakar Radiologi

Pegawai Perubatan

8.00 pagi      -   5.00 petang

Tugas Atas Panggilan

 

8.0       PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

8.1       Pemeriksaan Radiografi Am (X-Ray)

           Pemeriksaan Radiografi Am yang dilakukan di JabatanRadiologi adalah seperti berikut: Dada, abdomen, anggota atas dan bawah, rangka kepala, spina vertebra, pelvis dan lain-lain.

           Pemeriksaan Radiografi Am termasuk:

          i.           Radiografi Mudah Gerak

          Radiografi Mudah Gerak dilakukan di wad atau Jabatan Kecemasan terhadap pesakit yang tidak dapat dihantar ke Jabatan Radiologi disebabkan penyakit kronik atau kerana bantuan alatan

          sokongan hayat dipasang padanya.

          ii.         Radiografi Bedah Siasat

         Radiografi Bedah Siasat di lakukan di Jabatan Forensik dengan menggunakan Mesin Mudah Gerak apabila diperlukan. Permohonan pemeriksaan hanya boleh dilakukan oleh Patologis, Pakar radiologi,

         Pakar Forensik dan Pegawai Perubatan. 

8.2       Prosedur Khas di Dewan Bedah

         Prosedur khas di Dewan Bedah yang memerlukan perkhidmatan mesin Pengamat pengimejan (C-Arm) untuk membantu pembedahan yang dijalankan atau mengenalpasti kedudukan bendasing 

         (Foreign Body) yang tidak dapat dilakukan di wad dan Jabatan Kecemasan

8.3       Mamogram

          Pemeriksaan mamogram merupakan satu pemeriksaan X-Ray khas yang digunakan untuk menyaring dan mendiagnosa kanser payudara dan menyokong pemeriksaan fizikal. Ia bertujuan untuk 

          mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal.

           8.3.1   Persediaan Pesakit Untuk Mamografi

                        i.              Tidak dibenarkan memakai bedak(powder) atau deodoran pada hari pemeriksaan.

                        ii.            Memakai pakaian yang sesuai seperti blaus dan seluar panjang atau sarung.

8.4            Pemeriksaan X-ray khas berkontras Intravenous Urografi / IVU

Pemeriksaan IVU merupakan satu pemeriksaan X-Ray khas yang melibatkan suntikan media kontras melalui salur  darah intravena. Ia bertujuan untuk melihat fungsi buah pinggang termasuk saluran kencing dan pundi kencing

            8.4.1 Persediaan pemeriksaan IVU

            Persediaan bermula 2 hari dari tarikh pemeriksaan.

            A.        Dua hari sebelum tarikh pemeriksaan:

                       1.         Elakkan makanan yang tidak mudah hadam seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan kekacang.

                       2.          Elakkan merokok dan minuman bergas.

                       3.         Banyakkan minum air ( 8 hingga 10 gelas sehari ).

                       4.         Makan makanan mudah hadam seperti Mee Maggi atau bubur nasi.

            B.        Satu hari sebelum tarikh pemeriksaan

                       1.         Ulang langkah 1 – 4 di atas.

                       2.         Ambil ubat Fleet seperti yang diarahkan

ARAHAN PENGGUNAAN FLEET
Campurkan 45CC Fleet@1/2botol Fleet dengan 1/2 gelas air. (setiap kali minum )o    Campuran ini diminum satu hari sebelum pemeriksaan iaitu pada pukul 8 pagi dan 8 malam.

*     Perhatian : Bahan ini akan menggalakkan anda kerap ke  tandas. 

                       3.    Mula berpuasa dari jam 10 malam. (Bagi pesakit yang berisiko tinggi:)

                             Ambil Tablet Prednisolone 40 mg pada 8 malam sehari sebelum tarikh pemeriksaan.
                            
T.Prednisolone 40 mg pada 6 pagi pada hari tarikh pemeriksaan

8.5       Pemeriksaan CT Scan

Pemeriksaan CT Scan merupakan satu pemeriksaan X-Ray khas yang melibatkan penggunaan mesin X-Ray berkomputer untuk melihat organ dalaman badan. Suntikan media kontras melalui salur darah intravena mungkin diberikan apabila perlu.

           8.5.1    Persediaan Pemeriksaan CT Scan

                      8.5.1.1.           Puasa 4 hingga 6 jam sebelum pemeriksaan

                      8.5.1.2.           Bagi pesakit yang berisiko tinggi

                                            a.         Dewasa:

                                                       Tab Prednisolone 40mg -12 jam dan 2 jam sebelum pemeriksaan

                                            b.         Kanak-kanak

                                                       Tab Prednisolone 1 mg/kg-12 jam dan 2 jam sebelum pemeriksaan.

                       8.5.1.3.          Bagi pemeriksaan abdomen atau pelvis, kontras secara oral akan diberikan dua jam sebelum pemeriksaan.

                       8.5.1.4.          Bagi pemeriksaan CT SCAN pelvis,

                                            a)          Tampon akan dimasukkan bagi pesakit wanita yang sudah berkahwin.

                                            b)          Kontras melalui rektum akan diberikan sebelum pemeriksaan dijalankan.

                       8.5.1.5.          Segala perhiasan dan barang kemas perlu ditanggalkan sebelum pemeriksaan

 8.6       Pemeriksaan Ultrasound

 Pemeriksaan Ultrasound merupakan satu pemeriksaan yang menggunakan   teknik gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk melihat organ dalaman badan. Ia tidak melibatkan radiasi X-Ray. Pemeriksaan ultrasound yang dijalankan termasuk sistem urinari, buah pinggang, hati, kelenjar tiroid, payudara, pemeriksaan saluran darah dan sebagainya.

8.6.1    Persediaan Pesakit Untuk Ultrasound

           8.6.1.1             Pemeriksaan Ultrasound Abdomen termasuk hati dan hempedu    

 

Umur

Berpuasa

1.

< 6  tahun

2-3 jam

2.

6-12 tahun

4-6 jam

3.

>12 tahun

> 6 jam

 

 

 

 

 

 

 

         8.6.1.2            Pemeriksaan KUB (Kidneys, Ureter and Bladder) dan  Pelvis

                                i.           Boleh minum air tanpa had sehingga pundi kencing penuh

                                ii.          Jangan buang air kecil 1 jam sebelum pemeriksaan

  9.0      PEMERIKSAAN RADIOLOGI KE ATAS PESAKIT MENGANDUNG.

            9.1           Pemeriksaan radiologi untuk pesakit mengandung hanya dijalankan jikalau pemeriksaan radiologi tidak boleh ditangguhkan selepas pesakit bersalin.

            9.2           Pakar/Pegawai Perubatan/Pergigian yang memohon pemeriksaan adalah bertanggungjawab di atas permohonan pemeriksaan ini. Jabatan Perkhidmatan Radiologi perlu dimaklumkan

                            tentang perkara ini dan dicatatkan pada borang permohonan.

            9.3           Mendapat keizinan bertulis dari pesakit/waris (Borang Keizinan Pemeriksaan Radiologi Ke Atas Wanita Mengandung).

            9.4           Pemeriksaan x-ray bahagian abdomen ke atas pesakit yang mengandung tidak dibenarkan. Jika terpaksa dan tiada alternatif lain, memerlukan persetujuan bertulis dari pesakit/waris

                            setelah diberi nasihat dan penerangan oleh Pakar dari jabatan yang memohon, Pakar O&G dan Pakar Radiologi.

            9.5           Perlindungan sinaran yang sewajarnya akan diberikan kepada pesakit mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

10.0    PERLINDUNGAN RADIASI

             10.1    Pekerja

                       10.1.1             Dedahan Radiasi kepada pekerja sinaran hendaklah tidak melebihi dos limit efektif seluruh badan seorang pekerja

                       10.1.2.            Pekerja Sinaran dikehendaki memakai peralatan perlindungan sinaran bersesuaian semasa menjalankan pemeriksaan x-ray

                       10.1.3.            Dos Radiasi yang diterima oleh pekerja sinaran hendaklah dipantau secara berkala

                       10.1.4             Penyiasatan perlu dijalankan sekiranya pekerja sinaran menerima dedahan melebihi dos limit dan tindakan yang bersesuaian perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut

                       10.1.5             Pekerja Sinaran perlu menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut akta 304

             10.2    Pesakit

                       10.2.1             Semua pemeriksaan Radiologi (radiasi mengion) mesti dilakukan oleh individu yang dilatih dan berkelayakan sahaja

                       10.2.2.            Semua permohonan pemeriksaan x-ry pendedahan perubatan adalah wajar. Pakar Radiologi akan menghadkan, membatal atau menangguhkan pemeriksaan x-ray jika

                                              difikirkan maklumat yang diberikan tidak releven

                        10.2.3.            Langkah-langkah perlindungan yang sesuai hendaklah diambil semasa menjalankan pemeriksaan Radiologi.

                        10.2.4.            Faktor dedahan optima hendaklah diambil untuk mengurangkan pemeriksaan ulangan

                        10.2.5.            Memegang pesakit atau IP plate semasa pendedahan hendaklah dilakukan oleh personel yang mengiringi pesakit (wanita yang mengandung dan wanita muda yng disyaki 

                                              mengandung tidak dibenarkan). Sekiranya tiada pengiring, pekerja sinaran bukan pengendali dibenarkan tapi bukan kerap bagi individu yang sama

            10.3     Orang Awam

                       10.3.1             Keluarga pesakit dan orang awam tidak boleh terdedah kepada radiasi mengion kecuali diperlukan untuk membantu semasa x-ray dilakukan

                       10.3.2             Pengiring yang terdiri daripada keluarga pesakit atau orang awam untuk memegang pesakit semasa pemeriksaan dijalankan perlu dibekalkan apron plumbum (0.25mm

                                             plumbum (Pb)) atau setaraf dengannya.

 

 

Maklumat Sistem temujanji berperingkat KLINIK PAKAR (STAGGERED HOUR)

KAUNTER PENDAFTARAN BERPUSAT KLINIK PAKAR

DIBUKA TEMUJANJI
8.00 am - 9.00 am 8.00 am
9.00 am - 10.00 am 9.00 am
10.00 am - 11.00 am 10.00 am
11.00 am- 12.00 pm 11.00 am
* Tuan/puan diminta mematuhi dan datang mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan. Tuan/puan juga digalakkan untukdatang awal untuk urusan pendaftaran dan lain-lain hal.

Waktu Melawat

Ahad - Khamis

sesi tengahari
(12.30pm - 2:00pm)
sesi petang
(4.30pm - 7:00pm)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
12.30pm - 7.00pm

Waktu Operasi

Kecemasan : 24 jam

Kaunter Farmasi Dalam
Ahad-Sabtu
(8.00 am - 10 pm)

Kaunter Unit Hasil : 24 jam

Jabatan Rekod Perubatan : 
Ahad-Rabu (8.00 am– 5.00 pm)
Khamis- (8.00 am- 3.30 pm)
(Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm)

Lokasi Kami

Pautan Dalaman

            

 

 

Pautan Luaran

Hubungi Kami
Hospital Kemaman, Jalan Da' omar, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
No Telefon : 09-8513333
http://hkemaman.moh.gov.my
_______________________________________________________________________________________________
Hakcipta terpelihara © 2019 Hospital Kemaman
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800

Kemas kini terakhir : 23 Mac 2023, 9.15am

1.png7.png3.png0.png0.png9.png
Today142
This week879
This month4991

23 March 2023