JABATAN PERUBATAN REHABILITASI (PEMULIHAN CARA KERJA)


PENGENALAN

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja telah bermula semenjak dari  tahun 2006 yang hanya di anggotai oleh 1 orang Jurupulih Perubatan Carakerja .

Pada masa kini anggota unit ini adalah terdiri dari 1 orang Pakar Perubatan Rehabilitasi, 1 orang Pegawai Pemulihan Carakerja U41, seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U32, 7 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U29.

VISI

Satu pasukan kakitangan professional yang memberikan perkhidmatan Pemulihan Carakerja berkualiti untuk semua pelanggan.

MISI

Satu pasukan kakitangan professional yang menyediakan perkhidmatan terapi berterusan bagi pesakit luar dan dalam yang mana pesakit akan dirawat dalam persekitaran yang selamat dengan menggunakan teknik terbaik dan teknologi yang tersedia masa kini serta memastikan kehormatan pelanggan dijaga dan dirahsiakan oleh kakitangan yang professional, bertanggungjawab, mengambil berat dan bekerja dalam satu pasukan. Kakitangan mesti mempunyai Pendidikan Perubatan Berterusan dan Pembangunan Professional Berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan seterusnya meningkatkan lagi pengalaman mereka.

OBJEKTIF UMUM

Memberikan perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi kepada penduduk di jajahan Kemaman dan kawasan persekitaran yang berhampiran.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Untuk meningkatkan, memulihkan dan mengekalkan kemampuan fungsi individu yang mengalami masalah kecederaan, ketidakupayaan atau kecacatan dari segi fizikal dan psikologikal melalui pemilihan aktiviti-aktiviti terapeutik secara saintifik, yang mana terapi dilaksanakan secara pemantauan berjadual dan penggredan.

2. Untuk menyediakan khidmat yang tepat, efisien dan berkesan kepada pesakit luar dan dalam wad,

3. Untuk memastikan persekitaran dalam keadaan yang selamat, bersih dan selesa setiap masa.

4. Untuk memastikan semua kakitangan menyediakan perkhidmatan kepada pesakit dalam dan luar dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, menghormati dan penuh ketulusan.

5. Untuk menggalakkan kakitangan berusaha bagi mengembangkan kemahiran diri melalui program Pendidikan Perubatan Berterusan dan Pembangunan Professional Berterusan.

6. Untuk menggalakkan bekerja secara berkumpulan dan bekerjasama di dalam dan di luar jabatan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional

2. Pelanggan akan diberi rawatan berdasarkan tarikh temujanji iaitu:

  • Pesakit luar adalah dalam tempoh 3 hari waktu bekerja
  • Pesakit dalam adalah dalam tempoh 24 hari waktu bekerja

3. Tempoh menunggu untuk pesakit luar adalah kurang 20 minit

4. Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur rawatan Pemulihan Carakerja

CARTA ORGANISASI UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

 

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Rawatan medikal (stroke, head injury, parkinson, spinal cord injury dll)

·         Activities of Daily Living Training

·         Splinting

·         Functional Training

·         Cognitive/Perceptual Training

·         Sensibility Training

·         Aids & Adaptation

·         Terapi Tekanan (Pressure Garment/Tubigrip)

·         Wheelchair Prescription/Training

·         Active/Passive Immobilization

·         Hand Therapy

·         Relaxation Therapy

2. Rawatan kanak-kanak istimewa

·         Masalah fizikal - cerebral palsy, down syndrome, development delay dll.

·         Psikiatrik kanak-kanak - masalah pembelajaran, masalah tingkahlaku, autism, hiperaktif, masalah tumpuan

Aktiviti yang dijalankan:

·         Development Training

·         Early Intervention Programme

·         Cognitive Development

·         Feeding/Oral Motor Skill

·         Sensory Integration

·         Play Therapy

·         Behaviour Therapy

·         Self Care/Adaptation

·         Pre-School Intervention

·         Toilet Training

·         Pre-vokasional

·         Pengurusan masa dan kewangan

·         Pengurusan tekanan

3. Rawatan psikiatrik (dewasa)

·         Personal Hygience

·         Domestic Rehabilitation

·         Art Therapy

·         Pre-vokasional

·         Pengurusan masa dan kewangan

·         Pengurusan tekanan

4. Rawatan ortopedik

·         Terapi Tekanan (Pressure Garment/Tubigrip)

·         Splinting

·         Aktiviti/latihan kefungsian tangan

·         Active/Passive Immobilization

·         Sensori/desensitization

·         Peralatan adaptasi

·         ADL

5. Lawatan ke rumah/sekolah

6. Cadangan pengubahsuaian rumah dan peralatan

Maklumat Sistem temujanji berperingkat KLINIK PAKAR (STAGGERED HOUR)

KAUNTER PENDAFTARAN BERPUSAT KLINIK PAKAR

DIBUKA TEMUJANJI
8.00 am - 9.00 am 8.00 am
9.00 am - 10.00 am 9.00 am
10.00 am - 11.00 am 10.00 am
11.00 am- 12.00 pm 11.00 am
* Tuan/puan diminta mematuhi dan datang mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan. Tuan/puan juga digalakkan untukdatang awal untuk urusan pendaftaran dan lain-lain hal.

Waktu Melawat

Ahad - Khamis

sesi tengahari
(12.30pm - 2:00pm)
sesi petang
(4.30pm - 7:00pm)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
12.30pm - 7.00pm

Waktu Operasi

Kecemasan : 24 jam

Kaunter Farmasi Dalam
Ahad-Sabtu
(8.00 am - 10 pm)

Kaunter Unit Hasil : 24 jam

Jabatan Rekod Perubatan : 
Ahad-Rabu (8.00 am– 5.00 pm)
Khamis- (8.00 am- 3.30 pm)
(Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm)

Lokasi Kami

Pautan Dalaman

            

 

 

Pautan Luaran

Hubungi Kami
Hospital Kemaman, Jalan Da' omar, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
No Telefon : 09-8513333
http://hkemaman.moh.gov.my
_______________________________________________________________________________________________
Hakcipta terpelihara © 2019 Hospital Kemaman
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800

Kemas kini terakhir : 23 Mac 2023, 9.15am

1.png7.png3.png0.png1.png3.png
Today146
This week883
This month4995

23 March 2023