1. Kepuasan pelanggan
- Kesamarataan perkhidmatan kesihatan berpakar di semua hospital dalam kluster.
- Tempoh menunggu untuk pembedahan lebih singkat.
- Keselesaan dan kepercayaan pesakit menerima rawatan kesihatan.
2. Kualiti perkhidmatan kesihatan
- Mengurangkan kesesakan di wad perubatan am dan pediatrik di lead hospital.
- Wad di non lead hospital diiktiraf sebagai wad tambahan (extension ward) lead hospital.
- Pengamal perubatan yang mahir dan kompeten.
- Meluaskan skop perkhidmatan kesihatan di hospital tanpa pakar dan seterusnya mengurangkan keperluan kes rujukan ke lead hospital.
- Mengoptimumkan masa dan kos rawatan.
3. Pengurusan sumber dan aset sedia ada.
- Mengoptimumkan penggunaan bilik pembedahan di lead hospital.
- Meningkatkan penggunaan katil wad di non lead hospital.
- Pengagihan semula sumber manusia.
- Penjimatan kos terutama dari segi pengangkutan.
4. Organisasi
- Mengurangkan birokrasi
- Meningkatkan piawaian proses kerja.
- Integrasi sistem pengurusan pesakit dalam kluster.
5. Kemahiran dan kompetensi
- Rawatan berpakar untuk hospital bukan pakar.
- Meningkatkan lawatan pakar dalam kluster.
- Latihan berterusan kepada pengamal perubatan.