FREQUENTLY ASKED QUESTION
Apakah bidang kepakaran yang disediakan di Hospital Kemaman?
Bidang kepakaran yang disediakan di Hospital Kemaman adalah Orthopedik, Pembedahan Am (SOPD), Perubatan Am (MOPD), Anaestesiologi, Obstetrik & Gynaecologi (O&G), Radiologi, Pediatrik, Kecemasan dan Trauma, Psikiatri dan Oftalmologi. Manakala ENT, Nefrologi, Patologi dan Perubatan Respiratori adalah berdasarkan lawatan berkala oleh pakar-pakar daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Berapakah kapasiti katil, wad, klinik, dewan bedah dan dewan bersalin yang disediakan di Hospital Kemaman?
Hospital Kemaman mempunyai 150 katil, 4 wad, 5 klinik pakar, 2 dewan bedah dan 6 dewan bersalin.
Berapakah caj kemasukan atau cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?
Caj kemasukan atau cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara adalah berdasarkan Akta Fee . Walaubagaimanapun, Hospital Kemaman memberikan perkhidmatan kemasukan ke wad hanya bagi wad kelas 3 sahaja.
Warganegara – Akta Fee 1951 Perintah Fee Perubatan 1982 Pindaan 1994
Bukan Warganegara – Akta Fee Pindaan 2003
Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad tetapi dikecualikan daripada bayaran?
Semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan daripada bayaran
Berapakah kadar bayaran kereta jenazah?
Kadarnya 35 sen per kilometer atau bagi jarak kurang 10 km kadarnya RM 10 sahaja
30 km hingga 800km adalah RM35 sen per kilometer
Lebih 800km adalah rm300
Adakah saya akan dikenakan caj perawatan untuk pesakit luar dan jika ada pengecualian, apakah syarat –syaratnya?
Setiap pesakit akan dikenakan caj setiap kali hadir ulangan perawatan berdasarkan kepada Akta Fee. Pengecualian adalah berdasarkan kepada Pekeliling . Kakitangan Awam boleh mengemukakan Surat Pengesahan Majikan untuk pengecualian caj.
Setiap pesakit akan dikenakan caj setiap kali hadir ulangan perawatan berdasarkan kepada Akta Fee. Pengecualian adalah berdasarkan kepada Pekeliling . Kakitangan Awam boleh mengemukakan Surat Pengesahan Majikan untuk pengecualian caj.
Rujukan daripada Klinik Kerajaan | RM 1 |
Rujukan daripada Klinik Pakar | Permulaan - Percuma Ulangan - RM 5 |
Rujukan daripada Klinik Swasta | Permulaan - RM30 Ulangan - RM 5 |
Warga Asing | RM 60 |
UNHCR | RM 30 |
Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL). Hospital Kemaman juga mempunyai kemudahan eGL
Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Jika pesakit adalah kanak-kanak, waris yang dibenarkan menunggu adalah Ibu/Bapa/Penjaga, Manakala bagi pesakit dewasa (hanya yang tenat sahaja), penjaganya mestilah sama jantina
Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit/waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital
Bolehkah saya membawa saudara-mara saya untuk melawat bayi saya yang telah dimasukkan ke wad NICU/Nurseri untuk rawatan lanjut?
Hanya ibubapa yang dibenarkan masuk untuk melawat bayi mereka di wad NICU/Nurseri. Polisi ini adalah untuk mencegah jangkitan kuman kepada bayi-bayi yang kurang sihat di wad ini
Di mana saya boleh mendapatkan bantuan kebajikan pesakit?
Pesakit boleh membuat permohonan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ada di setiap daerah dengan surat sokongan dari pegawai yang merawat di hospital terbabit. Bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman dan memerlukan bantuan, mereka juga akan dirujuk ke Unit Sosial Perubatan.
Bagaimana untuk menghubungi pihak Hospital Kemaman?
Sebarang maklumbalas bolehhubungi ditalian Hospital Kemaman iaitu 09-8513333 diikuti nombor sambungan pegawai berkenaan.