Carian :  
Perutusan Pengarah
Pengumuman
Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal
Pautan Laman Web
--------------------
 
 
Muat Turun
Berita Terkini : Hospital Kemaman Juara Keseluruhan bagi Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 2010
Posted by webmaster on 15/07/10 (32 reads)

Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Pitocin Hospital Kemaman yang dianugerah Anugerah Emas Kategori Quality Assurance (QA) dalam Konvensyen Inovasi Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada 14 dan 15 Julai 2010 di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.Kumpulan Pitocin yang diketuai oleh Dr. Nor Jumizah binti A. Kadir ini telah membentangkan projek bertajuk “Increasing The Incidence Of Lower Segment Caesarean Section Without Post Partum Haemorrhage”.

Syabas dan tahniah juga kepada Kumpulan U’Pato yang dikurniakan Anugerah Emas Kategori KIK dalam konvensyen yang sama.Kumpulan U’Pato ini membentangkan projek bertajuk “e-Outsource”. Kumpulan ini diketuai oleh Pn. Balkis binti Md Amin.

Manakala kumpulan daripada Unit Patologi yang menyertai projek Kategori Inovasi Teknikal mendapat hadiah saguhati diatas projek yang diberi nama “Smart-D”. Kumpulan ini diketuai oleh Nurul Fateha binti Misnar.

Dengan 2 Anugerah Emas dan 1 Hadiah Saguhati yang diperolehi itu, Hospital Kemaman dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 2010.Seluruh warga Hospital Kemaman mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang berjaya.



Program : Hospital Kemaman Sebagai Perintis Pelaksanaan Inisiatif 'Safe Surgery Saves Lives' (SSSL) Negeri Terengganu
Posted by webmaster on 28/06/10 (33 reads)



Pembentangan berkenaan program ini di peringkat negeri telah diadakan pada 17 Jun 2010 di HSNZ oleh Mdm. Zaidah Mohd Ali.

Jawantankuasa 'Safe Surgery, Saves Lives'

Penasihat :
Dr. Zailin Failiza Mohd Wahi

Pengerusi :
Mdm. Zaidah Mohd Ali

Setiausaha :
Sr. Kasmarani Kasim

Ahli Jawatankuasa :
Dr. Isnoni Ismail
Dr. Anuwar Ahmad
Dr. Nor Jumizah A. Kadir
Sr. Rokiah Yunus
Sn. Nordalina


More releases in Program