Pediatrik

Written by Super User on . Posted in Pediatrik

Jabatan Pediatrik


alt

Jabatan Pediatrik Hospital Kemaman memberi perkhidmatan kepada pesakit kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang memerlukan perkhidmatan pesakit dalam (kemasukan ke wad) dan rawatan sebagai pesakit luar (klinik)

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Perkhidmatan Pesakit Dalam

Perkhidmatan ini disediakan di wad 2 (Pediatrik) yang terletak di bangunan wad empat tingkat. Perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, termasuk bayi baru lahir (neonat).

Jumlah keseluruhan katil di wad 2 adalah 29 iaitu;

Pediatrik am dan neonat

26 katil (termasuk 1 bilik isolasi)

Pediatrik ortopedik

3 katil

Pediatrik surgeri

3 katil

 

 Perkhidmatan rawatan dan kemudahan

 Level 1 and 2 neonatal care

 Headbox / incubator oxygen, intavenous fluid,  thermoregulation (radiant warmer / incubator nursing), parenteral antibiotics, close vital signs monitoring (including pulseoxymeter), phototherapy

Level 3 neonatal care

For neonates requiring  nasal CPAP and endotracheal intubation for assisted ventilation, intra-arterial blood pressure monitoring, continuous cardiorespiratory monitoring and parenteral nutrition

Bagi bayi-bayi baru lahir yang mengalami masalah, sama ada dari dewan bersalin/dewan bedah Hospital  Kemaman atau rujukan dari klinik-klinik kesihatan

 'Neonatal resuscitation' dan standby bagi pembedahan LSCS atau 'instrumental delivery'

 Bagi bayi-bayi baru lahir sama ada di wad bersalin atau dewan bedah

 Mother accompanying child (MAC)

 Bagi bayi-bayi yang stabil tetapi memerlukan fototerapi atau antibiotik parenteral

 Kes-kes pediatrik am yang tidak memerlukan rawatan wad intensif

 Merangkumi kes-kes: Respiratori, Kardiovaskular, Neurologi, Jangkitan, Hematologi, Nefrologi, Gastrologi/Hepatologi dan Inborn error of metabolism

2.  Perkhidmatan 'Daycare'

Diadakan pada hari Selasa dan Rabu setiap minggu, bertempat di wad 2. Perkhidmatan 'daycare' bertujuan untuk memberi kemudahan kepada;

  • Pesakit-pesakit yang memerlukan pemantauan awal, selepas discaj dari wad
  • Pesakit-pesakit thallasemia yang memerlukan transfusi darah setiap bulan
  • Pengambilan darah dan prosedur-prosedur susulan atau ulangan yang diperlukan

3. Perkhidmatan Pesakit Luar

Dijalankan di Klinik Pakar HKMN pada hari Isnin  (pagi)  dan Selasa (petang) setiap minggu.

 

WAKTU MELAWAT

Ahad - Khamis
sesi tengahari
(12:30 tengahari - 2:00 petang)
sesi petang
(4:30 petang - 7:00 malam)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
(12:30 tengahari - 7:00 petang)