Obstetrik & Ginekologi

Written by Super User on . Posted in Obstetrik & Ginekologi

Jabatan Obstetrik & Ginekologi


http://hkemaman.moh.gov.my/j1/upload/images/gambar/jabatan/og.png

 

PENGENALAN

Obstetrik ialah cawangan perubatan yang berkaitan dengan kelahiran manusia. Ia telah dianggap sebagai primal dan seni perubatan yang paling kuno. Istilah obstetrik berasal dari perkataan Latin untuk bidan dan adalah istilah agak terkini. Sehingga lewat abad ke-19 perbidanan perkataan umumnya digunakan.

Pada masa ini, seorang doktor pakar yang menjalankan amalan obstetrik dikenali sebagai pakar obstetrik manakala seorang jururawat yang menjaga wanita dalam kehamilan dan kelahiran dikenali sebagai seorang bidan. Ginekologi ialah kajian dan pengurusan penyakit yang menjejaskan organ wanita. Seorang doktor pakar yang menjalankan amalan ginekologi adalah pakar sakit puan.

Di Malaysia, seperti di banyak bahagian dunia, latihan dan pensijilan kedua-dua bidang ini dilakukan secara serentak. Seorang doktor pakar yang telah berjaya haruslah menamatkan latihan pakar obstetrik dan pakar sakit puan.

Bermula tahun 2003, perkhidmatan kepakaran perbidanan dan sakit puan dimulakan secara sepenuhnya di Hospital Kemaman, dengan adanya penempatan pakar secara tetap. Jabatan ini mempunyai 3 orang Pakar O&G dan 4 orang Pegawai Perubatan (MO).  Jabatan ini juga memberikan latihan dan bimbingan kepada pegawai perubatan siswazah dan pelatih kejururawatan. Di samping itu, jabatan ini adalah pendokong utama inisiatif Hospital Rakan Bayi dan Hospital Rakan Suami.

VISI

Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Kemaman memfokuskan perkhidmatan cemerlang dan berkualiti berasaskan nilai-nilai murni ke arah keselamatan dan kepuasan pelanggan.

MISI

Jabatan Obstetrik & Ginekologi menyediakan perkhidmatan perubatan untuk ibu-ibu hamil dan pesakit ginekologi secara menyeluruh berteraskan budaya korporat, penyayang, berpasukan dan profesionalisma. Perkhidmatan secara teknologi tinggi bersesuain dengan kehendak pelanggan, kebudayaan dan keperluan sosial masyarakat.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan kesihatan bidang Perbidanan dan Sakit Puan yang menyeluruh secara profesional, berkualiti dan terkini kepada masyarakat.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap ibu akan diberi layanan yang mesra, bersopan santun dan saksama.
  2. Pegawai Perubatan/ Jururawat akan memeriksa ibu dalam masa 15 minit selepas pendaftaran.
  3. Pegawai Perubatan/ Pakar akan memberi penerangan kepada ibu mengenai rawatan dan prosedur yang akan dilakukan.
  4. Ibu-ibu yang memerlukan rawatan pakar yang selanjutnya akan dirujuk ke Hospital Rujukan jika perlu.
  5. Setiap kelahiran akan dimaklumkan kepada waris/ keluarga oleh anggota yang bertugas.
  6. Suami/ waris yang beragama Islam dibenarkan mengazan bayi dalam masa 15 minit selepas kelahiran.
  7. Ibu akan dipindahkan ke wad Melur 1 (Wad O&G) 1 jam selepas kelahiran apabila keadaan telah stabil.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1.  Perkhidmatan Pesakit Dalam

http://hkemaman.moh.gov.my/j1/upload/images/gambar/jabatan/og2.png

http://hkemaman.moh.gov.my/j1/upload/images/gambar/jabatan/og3.png

  • Perawatan pesakit dalam wad

a.       Pesakit hamil (kes antenatal) dan postnatal

b.      Sakit puan

c.       Kemoterapi

  • Perawatan pesakit di Labour & Delivery Suite (LDS)
    1. Bersalin
    2. Penjagaan rapi (High Dependency care/PE Room)
    3. Kelahiran pramatang - tocolysis

2.  Perkhidmatan Pembedahan Major dan Minor

  • Lower Segment Caesarean Section (LSCS)
  • Evacuation of Retained Product of Conception (ERPOC)
  • Suction & Currettage
  • Laparotomy
  • Hysterectomy
  • Laparoscopic & Hysteroscopic surgeries (Cystectomy, Evisceration, Salphingectomy)
  • Cervical Cerclage
  • Sterilisation

3.  Perkhidmatan Pesakit Luar

Perkhidmatan pesakit luar di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi terdiri daripada dua komponen utama iaitu Klinik Pakar O&G dan Early Pregnancy Assessment Clinic (EPAC) yang terletak di lokasi yang berbeza bagi mempastikan kualiti perkhidmatan dan keselesaan kepada pelanggan dan juga kakitangan terjaga.

Secara amnya perkhidmatan di Klinik Pakar O&G adalah berdasarkan temujanji yang telah ditetapkan yang boleh dibuat dengan menghubungi kakitangan bertugas di Klinik Pakar O&G. Kedatangan pesakit pada tarikh temujanji adalah mengikut sistem waktu anjal. Bagi kes yang memerlukan temujanji segera, perbincangan boleh dibuat bersama mana-mana Pakar O&G, Hospital Kemaman.

Jadual perjalanan perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar O&G Hospital Kemaman adalah seperti berikut:

Hari

Pagi

Petang

Ahad

  • Klinik Antenatal Kakitangan (Hospital Kemaman)
  • Detail Scan
  • Colposcopy
  •  Colposcopy

Isnin

  • Klinik Pakar (Am) O&G
  • Combined Clinic (minggu terakhir)

 

Selasa

  • Obstetric Ultrasound (Referral)
  • Pre-Conception Clinic (minggu pertma & ke-3)
  • Pre-Conception Clinic (minggu pertma & ke-3)

Rabu

  • Klinik Pakar (Am) O&G

 

Khamis

  • Obstetric Ultrasound (Referral)

 

Perincian Sesi Klinik di Jabatan O&G, Hospital Kemaman

Klinik Antenatal Kakitangan (Hospital Kemaman)

  • Setiap pagi Ahad
  • Diuruskan oleh Jururawat Terlatih dan Jururawat Masyarakat
  • Pengwujudan adalah untuk memberi kemudahan kepada kakitangan hospital untuk mengikuti pemeriksaan antenatal (seperti yang dijalankan di klinik kesihatan), bagi kes berisiko rendah.

Klinik Pakar (Am) O&G

  • Setiap hari Isnin dan Rabu bermula jam 8.30 pagi
  • Diuruskan oleh Pegawai Perubatan dan Pakar O&G
  • Semua kedatangan pesakit adalah mengikut temujanji
  • Perkhidmatan meliputi kedua-dua bidang Obstetirik dan Ginekologi yang memerlukan rawatan kepakaran.

Detail Scan

  • Setiap Ahad, bermula jam 10.00 pagi
  • Diuruskan oleh Pakar O&G
  • Kedatangan adalah melalui temujanji
  • Skop perkhidmatan
    • Pemeriksaan ultrasound (saringan) bagi kes berisiko tinggi
    • Pengesahan keabnormalan janin melalui pemeriksaan ultrasound
    • Prosedur diagnostik prenatal termasuk prosedur invasive
    • Perancangan perawatan semasa dan selepas kelahiran
    • Kaunseling berkaitan pemeriksaan ultrasound serta ujian prenatal berkaitan

Obstetric Ultrasound (Referrel)

  • Setiap Selasa dan Khamis bermula jam 9.30 pagi
  • Diuruskan oleh Pegawai Perubatan O&G di bawah pengawasan Pakar O&G
  • Kedatangan ibu mengandung adalah melalui temujanji
  • Perkhidmatan adalah bertujuan pengesahan hasil pemeriksaan ultrasound pada ibu mengandung yang telah dijalankan di premis kesihatan primer
  • Antara kes yang boleh dirujuk adalah:
    • Suspected IUGR (difference of more than 3 weeks from gestation)
    • Abnormality of the amniotic fluid (oligo or polyhydramnios)
    • Asymptomatic low lying placenta
    • Suspected macrosomia
    • Multiple pregnancy of unconfirmed chorionicity

Combined Clinic

  • Setiap hari Isnin minggu terakhir setiap bulan
  • Diuruskan oleh Pakar O&G bersama Pakar Perubatan
  • Pewujudan klinik ini adalah bagi memberikan perawatan kepakaran perubatan dan obstetrics pada waktu yang sama
  • Kedatangan kes adalah mengikut temujanji yang diterima dari wad dan klinik pakar di Hospital Kemaman

Pre-conception Clinic

  • Setiap Selasa pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan bermula jam 2.30 petang
  • Diuruskan oleh Pegawai Perubatan dan Pakar O&G
  • Perkhidmatan merangkumi khidmat kaunseling pra-kehamilan bagi kes berisiko tinggi serta kaunseling dan inisiasi kaedah perancang keluarga.

 

4.  Lawatan Pakar ke Klinik Pakar O&G Hospital Dungun - setiap Ahad minggu kedua

AKTIVITI JABATAN

HARI

PAGI

PETANG

AHAD

Ward Round
Klinik EPAC
Klinik Ultrasound

  1. Kes Rujukan
  2. Detailed Scan

Klinik Kolsposkopi
Follicular Tracking
Houseman Bedside Teaching

ISNIN

Ward Round
Klinik Pakar*
Klinik Combined Care (minggu keempat)

Pre-op Round
Follicular Tracking

SELASA

Ward Round
Pembedahan Elektif

Pembedahan Elektif
Pre-Pregnancy Clinic (minggu 1&3)
Follicular Tracking
CME HO Hospital

RABU

Ward Round
Klinik Pakar*

CME Jabatan
Follicular Tracking

KHAMIS

Grand Ward Round
Klinik EPAC
Klinik Ultrasound (Kes Rujukan)

Audit Jabatan
Follicular Tracking

*Klinik Antenatal, Postnatal, Ginekologi dan Fertility

 

WAKTU MELAWAT

Ahad - Khamis
sesi tengahari
(12:30 tengahari - 2:00 petang)
sesi petang
(4:30 petang - 7:00 malam)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
(12:30 pagi - 7:00 petang)