Pusat Sumber

Written by Super User on . Posted in Pusat Sumber

Pusat Sumber


Pusat Sumber adalah pusat promosi pendidikan pesakit untuk meneruskan promosi-promosi pendidikan kesihatan dengan pengisian berbentuk ceramah, nasihat dan kaunseling, demonstrasi, perbincangan kecil, membuat dan memasang poster. Pendekatan dan usaha-usaha yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan taraf/kualiti kehidupan dan produktiviti pesakit.

OBJEKTIF

1. Untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan melalui pendidikan dan kaunseling kepada pesakit dan ahli keluarga.

2. Untuk memberi perkhidmatan sokongan dalam penjagaan diri.

3. Menggalakkan penggunaan kemudahan dan perkhidmatan hospital dengan optima dengan menyediakan bahan-bahan pendidikan melalui pameran, ceramah, kaunseling dan risalah.

4. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran warga kerja hospital dalam penjagaan dan perawatan pesakit.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional

2. Setiap pelanggan boleh mendapat sumber maklumat dan nasihat melalui kaedah-kaedah pendidikan yang holistik

3. Setiap pelanggan akan diberi maklumat dalam jangkamasa 30 minit

4. Semua maklumat pelanggan adalah sulit

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

1.Mengadakan ceramah, nasihat, kaunseling, demonstrasi, perbincangan kumpulan kecil, tayangan video kepada pesakit dalam, pesakit luar dan waris, serta pesakit diabetes di Unit Pesakit Luar dan MOPD.

2. Saringan kesihatan untuk orang awam dengan kerjasama jawatankuasa lain, badan bukan kerajaan dan pihak swasta.

3. Mengadakan Kempen Cara Hidup Sihat sempena tema kesihatan tahunan.

4. Menampal poster, banner dan mengedar risalah.

5. Menyediakan alatan, flyers dan tempat untuk pendidikan kepada kakitangan hospital semasa sesi CME dan CNE.

6. Menjual alatan seperti glukometer, jarum suntikan untuk keperluan pesakit diabetes dan lain-lain.

WAKTU OPERASI

Hari

Waktu

Ahad hingga Khamis

8 pagi - 5 petang

Jumaat, Sabtu

Tutup

LOKASI

Bersebelahan Wad 4 tingkat dan berdekatan Jabatan Dietetik & Sajian.