Fisioterapi

Written by Super User on . Posted in Fisioterapi

Unit Fisoterapi


Perkhidmatan Fisioterapi, Hospital Kemaman telah bermula sejak tahun 1997 lagi dengan hanya seorang Jurupulih Anggota yang bertugas di Hospital Kemaman pada waktu itu. Kini dengan peredaran masa dan skop perkhidmatan yang kian berkembang, Unit Fisioterapi, Hospital Kemaman kini mempunyai 5 orang Jurupulih Anggota dengan menawarkan pelbagai jenis skop perkhidmatan rawatan Fisioterapi.

VISI

Unit Fisioterapi Hospital Kemaman akan menjadi sebuah unit terunggul dalam memberikan perawatan dan rehabilitasi fisioterapi berasaskan pembelajaran berterusan, pengalaman budaya korporat serta penekanan aspek kualiti dan teknologi berpatutan dengan mengekalkan dan menghormati nilai-nilai murni dan budaya setempat untuk memenuhi kehendak pelanggan dan masyarakat amnya.

MISI

Memberikan perkhidmatan dan rehabilitasi yang tebaik dan efektif berdasarkan “evidence based practiced” serta amalan perubatan terkini melalui pendekatan secara holistic dengan berteraskan nilai murni budaya korporat bagi memenuhi kehendak pelanggan untuk mencapai penyembuhan yang optima agar mereka dapat berdikari dan menikmati kehidupan yang berkualiti.

OBJEKTIF UMUM

Memberi perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi kepada penduduk jajahan Kemaman dan kawasan persekitaran yang berhampiran.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Memberikan perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi fisioterapi kepada penduduk di daerah Kemaman dan kawasan persekitaran yang berhampiran.

2. Membantu membimbing dan menggalakan penyertaan pelanggan secara aktif dalam proses rawatan dan rehabilitasi agar mereka mencapai proses penyembuhan yang optima dan dapat menikmati kehidupan yang berkualiti.

3. Memastikan setiap pelanggan yang mendapat perkhidmatan di unit ini mencapai tahap penyembuhan serta tahap kefungsian yang maksimum.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pesakit akan diberi layanan mesra dan profesional

2. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan fisioterapi berdasarkan tarikh temujanji dan keperluan kes

•  Temujanji kes baru pesakit luar diberi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh dirujuk dan pesakit akan dirawat dalam tempoh 24 jam waktu bekerja

•  Pesakit akan dilihat oleh jurupulih anggota dalam jangkamasa 40 minit dari waktu tiba di kaunter klinik

CARTA ORGANISASI

JADUAL KLINIK FISIOTERAPI

Hari

Pagi

Petang

Ahad hingga Rabu

7.30 pagi - 1 tengah hari

2 petang - 5 petang

Khamis

7.30 pagi - 1 tengah hari

2 petang - 3.30 petang

Jumaat, Sabtu & Kelepasan Am

Tutup

 

SKOP PERKHIDMATAN PEMULIHAN ANGGOTA