Jabatan Radiologi

Written by Super User on . Posted in Pengimejan & Diagnostik

Jabatan Radiologi


alt

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan Pengimejan Diagnostik yang efektif dan memuaskan pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional

2. Semua Pemeriksaan Radiologi hanya akan dilakukan dengan permintaan Pakar/Pegawai Perubatan, dimana kes-kes kecemasan akan diberi keutamaan

3. Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur pemeriksaan

4. Masa bagi pemeriksaan Radiologi:

Pemeriksaan Radiologi

Masa diambil

X-Ray biasa

30 minit

Mammogram

30 minit

Ultrasound

30 minit

IVU

90 minit

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Pemeriksaan X-Ray Biasa
Contoh: X-Ray dada, abdomen, anggota atas dan bawah, rangka kepala, spina vertebra dan lain-lain

Pemeriksaan X-Ray Biasa termasuk;

i.

Pemeriksaan X-Ray Mudah Gerak - dijalankan di wad atau Unit Kecemasan terhadap pesakit yang tidak dapat dihantar ke Unit X-Ray atas sebab penyakit atau kerana bantuan alatan sokongan hayat dipasang padanya

ii.

Pemeriksaan X-Ray Bedah Siasat - dijalankan di Unit Forensik apabila diperlukan. Permohonan pemeriksaan dibuat oleh Patologis, Pakar Radiologi dan Pegawai Perubatan.

iii.

Pemeriksaan X-Ray Medical Check-Up -dijalankan bagi memantau tahap kesihatan anggota kerajaan/swasta dan kemasukan pelajar ke universiti/kolej/sekolah berasrama penuh.


2. Pemeriksaan X-Ray Berkontras (Intravenous Urografi/IVU)
Kaedah di mana media kontras dimasukkan melalui pembuluh darah untuk melihat sistem urinari (buah pinggang, salur kencing dan pundi kencing)

Tujuan pemeriksaan dijalankan adalah untuk mempastikan samada:

  • terdapat batu pada buah pinggang, salur kencing dan pundi kencing atau,
  • sistem urinari berfungsi dengan baik atau tidak
  • ketidaknormalan sistem kencing

3. Pemeriksaan X-Ray Mammografi
Pemeriksaan X-Ray payudara bagi mengesan jika terdapat ketumbuhan, pembengkakan yang kemungkinan boleh menjadi kanser.
Pemeriksaan ini boleh dipohon oleh pakar-pakar yang berkenaan dari hospital, pejabat kesihatan daerah dan klinik-klinik kesihatan daerah.

4. Pemeriksaan Ultrasound

Dilakukan oleh Pakar Radiologi Jabatan Pengimejan Diagnostik. Pesakit luar diberi tarikh temujanji dua minggu sebelum tarikh berjumpa doktor. Pemeriksaan ultrasound yang dijalankan termasuk sistem urinari, buah pinggang, hati, kelenjar tiroid, payudara, pemeriksaan saluran darah dan sebagainya.

PERSEDIAAN PESAKIT UNTUK KUB/IVU

Hari Pertama
i. Makan makanan mudah hadam seperti mi Maggie dan bubur nasi. Elakkan minuman bergas dan makanan seperti daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.
ii. Makan 2 biji tablet Bisacodyl 5mg sebelum tidur.

Hari Kedua
i. Makan makanan dan minuman seperti di hari pertama.
ii. Makan 2 biji tablet Bisacodyl 5mg sebelum tidur.
iii. Berpuasa selepas jam 10 malam sehingga tamat pemeriksaan pada hari esoknya.

Hari Ketiga
i. Masukkan Suppository Bisacodyl ke dalam dubur pada jam 6 pagi. Buang air besar sebelum pemeriksaan dijalankan.
ii. Rekod perubatan pesakit (termasuk filem X-Ray sebelumnya, jika ada) hendaklah dibawa bersama.

PERSEDIAAN PESAKIT UNTUK MAMMOGRAFI

i. Tidak dibenarkan memakai bedak/powder atau deodorant pada hari pemeriksaan.
ii. Memakai pakaian yang sesuai seperti blaus dan seluar panjang atau sarung.

PERSEDIAAN PESAKIT UNTUK ULTRASOUND

i. Pemeriksaan Abdomen termasuk sistem hati dan hempedu

  • Berpuasa selama 6 jam sebelum waktu pemeriksaan bagi pesakit dewasa
  • Berpuasa selama 4 jam sebelum waktu pemeriksaan bagi pesakit kanak-kanak

ii. Pemeriksaan Sistem Urinari

  • Perlu minum air supaya pundi kencing penuh.
  • Tahan buang air kecil 30 minit sebelum pemeriksaan

WAKTU PERKHIDMATAN

Hari

Waktu

Ahad-Khamis

Waktu Pejabat

8.00 pagi - 5.00 petang

Syif

7.30 pagi - 3.30 petang

3.30 petang - 10.30 malam

10.30 malam - 7.30 pagi

Tugas atas panggilan / On Call

5.00 petang - 8.00 pagi (Untuk perkhidmatan Ultrasound)


Jumaat/Sabtu/Hari Kelepasan Am
(Shift )

 

 

7.30 pagi - 3.30 petang
3.30 petang - 10.30 malam
10.30 malam - 7.30 pagi

Tugas panggilan 24 jam (Untuk perkhidmatan Ultrasound)