Patologi

Written by Super User on . Posted in Patologi

Jabatan Patologi


Jabatan Patologi merupakan salah satu unit khidmat sokongan yang penting di Hospital Kemaman. Perkhidmatan Patologi telah wujud semenjak 1940 di hospital ini. Peranan Jabatan Patologi adalah untuk memberi perkhidmatan diagnostik dan saringan ke atas darah, urin, cecair badan, tisu dan lain – lain. Ia adalah untuk membantu para doktor dalam memberi rawatan, pemantauan rawatan dan diagnosis. Disamping itu, Perkhidmatan Patologi juga menjalankan penyelidikan perubatan.

Perkhidmatan Patologi merangkumi bidang Patologi Kimia, Mikrobiologi, Hematologi, Klinikal dan Transfusi Darah.

VISI

Jabatan Patologi mampu menyediakan perkhidmatan patologi secara profesional, cekap, elegan dan tepat berlandaskan Sistem Kualiti yang memenuhi kehendak pelanggan.

MISI

Untuk memberi perkhidmatan pendiagnosan ujian makmal dan perkhidmatan darah dengan cepat, tepat dan berkesan menekankan kepada profesionalisma, kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta menepati kehendak pelanggan.

  • Perkhidmatan cemerlang yang sesuai dan terkini serta dianggotai oleh anggota yang berilmu, berjiwa murni, terlatih serta peka terhadap keperluan pelanggan demi kecemerlangan rawatan pesakit.
  • Perkhidmatan yang berteraskan semangat kerja berpasukan, budaya kualiti serta keprofesionalan yang tinggi untuk kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF UMUM

1. Meningkatkan kesihatan komuniti dengan perkhidmatan patologi yang berkualiti.

2. Menyediakan perkhidmatan ujian makmal yang cekap dan cepat.

3. Terus maju dalam bidang patologi untuk memenuhi kehendak pelanggan.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Menyediakan perkhidmatan patologi secara profesional, beretika, cekap dan tepat.

2. Menyediakan bekalan darah yang selamat serta efisyen iaitu ‘Zero Defect' dalam perkhidmatan transfusi darah.

3. Menentukan semua keputusan ujian dalam julat 95% confidence interval.

4. Menjalankan ujian makmal selepas waktu pejabat / kelepasan am.

5. Menyediakan Perkhidmatan Transfusi Darah.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan profesional

2. Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur pemeriksaan dan masa ujian dijangka siap(mengikut jadual)

3. Setiap rekod pemeriksaan yang dikendalikan oleh Jabatan Patologi akan dirahsiakan

4. Proses derma darah akan selesai dalam masa 1 jam 15 minit

PROGRAM DAN AKTIVITI

1. Aktiviti Kualiti

  • Memastikan kadar penolakan spesimen tidak melebihi 0.86%
  • Memastikan 100% keputusan ujian berada di dalam julat 95% ‘confidence level”.
  • Menyediakan bekalan darah yang selamat serta efisyen iaitu ‘zero defect' dalam Perkhidmatan Transfusi Darah'.
  • Memastikan tahap kepuasan pelanggan dalam semua aspek yang dikaji adalah melebihi 85%.

2. Pusat Pembelajaran Pelajar

Secara purata, Jabatan Patologi menerima dan melatih pelajar-pelajar Ijazah dan diploma serta pelatih-pelatih juruteknologi makmal seramai 8 - 10 orang pada setiap sesi. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar daripada IPTA dan IPTS dari seluruh negara.

3. Kempen Derma Darah Bergerak (mobile)

Secara keseluruhan, mobile diadakan setiap bulan apabila mendapat permintaan daripada pihak penganjur. Pasukan mobile akan mengunjungi premis penganjur dengan membawa semua kelengkapan mobile kecuali peralatan perabot seperti kerusi dan meja.

4. Walk-in Donor di Unit Transfusi Darah

Individu / orang ramai yang berminat untuk menderma darah boleh terus hadir ke Unit Transfusi Darah Hospital Kemaman untuk menderma darah. Kami mengalu-alukan kehadiran anda bagi tujuan tersebut. Waktu operasi bagi bilik menderma darah adalah seperti berikut:

Hari

Pagi

Petang

Ahad hingga Rabu

8 pagi - 12.30 tengah hari

2 petang - 4.30 petang

Khamis

8 pagi - 12.30 tengah hari

2 petang - 3 petang


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Perkhidmatan Biokimia

2. Perkhidmatan Mikrobiologi

3. Perkhidmatan Hematologi

3. Perkhidmatan Klinikal

4. Perkhidmatan Transfusi Darah

5. Perkhidmatan Serologi

6. Makmal Pesakit Luar

* CATITAN

1. Laporan keputusan makmal adalah rahsia dan menjadi milik Hospital Kemaman.

2. Semua ujian makmal dijamin oleh program piawai dalaman dan luaran.

3. Tanggung jawab pelanggan :

  • Melengkapkan Borang Permintaan Ujian Makmal sebagaimana yang diarahkan.
  • Menghantar spesimen di dalam bekas (containers) yang telah ditetapkan.
  • Memastikan spesimen dan borang dihantar dengan segera selepas spesimen diambil.