Kerja Sosial Perubatan

Written by Super User on . Posted in Kerja Sosial Perubatan

Jabatan Kerja Sosial Perubatan


OBJEKTIF

Untuk melaksanakan program rawatan pesakit yang komprehensif dan bersepadu dengan memberikan perhatian serta pengendalian masalah psikososial pesakit yang mungkin diakibatkan oleh penyakitnya atau yang menjadi faktor penyebab penyakitnya.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Terapi sokongan/kaunseling

  • Sokongan emosi/bimbingan khidmat nasihat
  • Kaunseling
  • Kaunseling keluarga dan perkahwinan

2. Bantuan praktik

  • Menjalankan penilaian sosio-ekonomi bagi mengenalpasti status ekonomi keluarga
  • Bantuan kewangan/bantuan praktik kepada pesakit yang memerlukan dengan kadar segera
  • Membantu pesakit mendapatkan bantuan kewangan bagi kos peralatan perubatan/bukan perubatan
  • Membantu pesakit mendapatkan bantuan kewangan daripada institusi berkaitan bagi menguruskan rawatan
  • Perancangan sokongan sosial kepada pesakit dengan mengadakan lawatan ke rumah
  • Membantu pesakit terdampar /terabai mendapatkan penempatan institusi di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Sokongan kepada pesakit bagi pengurangan caj rawatan IJN