Fisioterapi

Written by Super User on . Posted in Fisioterapi

Unit Fisioterapi


Unit Fisioterapi Hospital Kemaman adalah sebahagian daripada Jabatan Perubatan Rehabilitasi. Menyediakan semua perkhidmatan Fisioterapi kepada Pesakit Dalam dan Pesakit Luar yang dirujuk.

SKOP PERKHIDMATAN FISIOTERAPI

Perawatan Fisioterapi meliputi semua peringkat umur pesakit dari bayi yang baharu lahir kepada warga emas. Secara umumnya perawatan Fisioterapi meliputi perawatan pemulihan mobiliti atau pergerakan dan kefungsian seseorang yang terkesan oleh kecederaan, penyakit atau kecacatan melalui senaman terapeutik , terapi manual, agen elektrofizikal serta pendidikan dan runding cara. Ia bagi memastikan sesorang itu sentiasa berupaya mengekalkan cara hidup sihat dan produktif serta boleh berdikari sepanjang hidup mereka.

VISI

Unit Fisioterapi Hospital Kemaman akan menjadi sebuah unit terunggul dalam memberikan perawatan dan rehabilitasi fisioterapi berasaskan pembelajaran berterusan, pengalaman budaya korporat serta penekanan aspek kualiti dan teknologi berpatutan dengan mengekalkan dan menghormati nilai-nilai murni dan budaya setempat untuk memenuhi kehendak pelanggan dan masyarakat amnya.

MISI

Memberikan perkhidmatan dan rehabilitasi yang tebaik dan efektif berdasarkan “evidence based practiced” serta amalan perubatan terkini melalui pendekatan secara holistic dengan berteraskan nilai murni budaya korporat bagi memenuhi kehendak pelanggan untuk mencapai penyembuhan yang optima agar mereka dapat berdikari dan menikmati kehidupan yang berkualiti.

OBJEKTIF UMUM

Memberi perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi kepada penduduk jajahan Kemaman dan kawasan persekitaran yang berhampiran.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Memberikan perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi fisioterapi kepada penduduk di daerah Kemaman dan kawasan persekitaran yang berhampiran.

2. Membantu membimbing dan menggalakan penyertaan pelanggan secara aktif dalam proses rawatan dan rehabilitasi agar mereka mencapai proses penyembuhan yang optima dan dapat menikmati kehidupan yang berkualiti.

3. Memastikan setiap pelanggan yang mendapat perkhidmatan di unit ini mencapai tahap penyembuhan serta tahap kefungsian yang maksimum.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pesakit akan diberi layanan mesra, Pengurusan yang cekap dan perawatan yang berkualiti.

2. Setiap pesakit / pesakit dalam akan dilayan dalam tempoh 24 jam setelah rujukan dibuat.

3. Setiap pelanggan / pesakit Luar akan mendapat temujanji pertama dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

4. Setiap pelanggan /pesakit akan dipanggil masuk ke ruang perawatan dalam tempoh tiga puluh minit (30 minit) setelah mendaftar di kaunter pendaftaran di kaunter pada hari temujanji.

CARTA ORGANISASI


ORIENTASI PESAKIT UNIT FISIOTERAPI, JABATAN PERUBATAN REHABILITASIHOSPITAL KEMAMAN

1. Perawatan Fisioterapi hanya boleh diperolehi dengan rujukan daripada Pakar atau Pegawai Perubatan.

2. Waktu operasi biasa Jabatan ini adalah sepertimana berikut: Ahad sehingga Rabu - 8.00 pagi hingga 5.00 petang Khamis - 8.00 pagi hingga 3.30 petang 

3. Setiap Pesakit luar akan didaftarkan dan temujanji pertama akan ditentukan oleh Terapis dengan persetujuan pesakit..Pesakit Luar akan diberi tarikh temujanji pertama dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja . 

4. Sebarang perubahan kepada tarikh temujanji boleh dikemaskini melalui telefon atau pesakit boleh memohon perubahan tarikh melalui kaunter jabatan.

 5. Tarikh lawatan susulan akan ditentukan oleh pegawai bertugas dan dicatatkan di dalam buku temujanji pesakit. Sila bawa Buku Temujanji setiap kali datang perawatan ulangan. 

6. Setiap pelanggan akan dipanggil masuk ke ruang perawatan dalam tempoh tiga puluh minit (30 minit) setelah mendaftar di kaunter pendaftaran pada hari temujanji. 

7. Semua pesakit yang berkenaan akan dikenakan caj. Pastikan anda mendapat resit bayaran setelah bayaran dijelaskan. 

8. Mana-mana pesakit kakitangan kerajaan atau waris yang membawa surat majikan, pesara yang memberi salinan kad pesara, pelajar yang mengemukakan surat pengesahan sekolah atau warga emas berumur lebih 60 tahun akan dikecualikan bayaran. 

9. Surat pengesahan kehadiran menjalani perawatan Fisioterapi akan di beri kepada mana-mana pesakit atau penjaga jika diminta. 

10. Mana-mana Pesakit yang tidak hadir pada tarikh temujanji tanpa notis selama sebulan (1 bulan ) akan ditamatkan perawatan. 

11. Anda hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan kaedah perawatan yang dijalani. Minta nasihat/pendapat daripada Terapis anda. 

12. Penggunaan Telefon Bimbit/ Kamera dan Perakaman Video adalah dilarang di dalam ruang Perawatan. 

13. Anda tidak digalakkan untuk memakai barang kemas yang berlebihan dan membawa barangan berharga semasa menghadiri perawatan. 

14. Penggunaan mesin dan peralatan hanya dengan arahan dan penyeliaan Terapis sahaja. Anda hendaklah sentiasa menggunakan peralatan dan mesin dengan cermat. 

15. Hanya pesakit atau seorang pengiring sahaja (jika perlu) dibenar berada bersama pesakit di ruang perawatan.  SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMBALAS BOLEH BERHUBUNG DENGAN KETUA UNIT FISIOTERAPI DI TALIAN : 09 8513400/3403 | FAKSIMILI: 09 8595512.