Farmasi Pesakit Dalam

Written by Super User on . Posted in Uncategorised

FARMASI PESAKIT DALAM

 

a) Farmasi Bekalan Wad

 

1.Menyediakan perkhidmatan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit discaj, dan pesakit dalam wad yang dibekalkan secara unit of use (UOU), unit dose (UD), dan stock ward.

 

 

2.Menjalankan perkhidmatan pendispensan ubat secara bedside dispensing kepada pesakit discaj.

 

 

3.Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dalam wad (bedside counseling & discharge counseling)

 

 

4.Menjalankan analisa Therapeutic Drug Monitoring (TDM) bagi ubat-ubatan yang memerlukan pemonitoran disebabkan julat terapeutik yang sempit serta kesan sampingan yang berpotensi toksik. Ubat-ubat yang boleh dianalisa dibawah perkhidmatan TDM adalah;

 

  - Aminoglycoside (Gentamicin, Amikacin)

 

  - Vancomycin

 

  - Antiepileptik (Carbamazepine, Phenytoin, Phenobarbitone, Sodium Valproate)

 

  - Digoxin

 

  - Theophylline

 

  - Cyclosporine

 

  - Paracetamol

 

  - Salicylate

 

 

5.Menyediakan  bekalan dan pemantauan penggunaan ubat sitotoksik dalam rawatan kanser. Pengendalian ubat sitotoksik mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengendalian.

 

 

6.Menyediakan perkhidmatan Parenteral Nutrition (PN) kepada pesakit yang tidak boleh mengambil makanan secara oral atau melalui enteral feeding. PN dapat memenuhi nutrisi pesakit yang amat penting dalam rawatan pesakit kritikal bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Bagi kes pediatrik, PN amat diperlukan oleh bayi pramatang dan mengalami masalah kesihatan seperti Malabsorption Syndrome, Severe Protein Energy Malnutrition, dan  Perforated Necrotising Enterocolitis (NEC).

 

 

7.Menyediakan formulasi dan penyediaan krim, losyen, dan salap bagi sediaan yang tiada dalam pasaran mengikut Amalan Pengilangan Baik (GMP). Selain itu, membuat proses pembungkusan semula ubat-ubatan seperti ubat titis hidung, dan titis telinga, serta pembungkusan semula dalam kuantiti yang kecil bagi kegunaan pesakit dalam wad.

 

 

b) Farmasi Wad/Klinikal

 

1.Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optima kepada pesakit secara berterusan melalui aktiviti farmasi wad termasuk;

 

  i.   mengambil sejarah pengubatan pesakit dan rekonsilasi ubat pesakit

 

  ii.  Penilaian terhadap pengubatan pesakit dan menjalankan intervensi jika berkaitan

 

  iii. Memantau farmakoterapi pesakit secara berterusan sehingga discaj

 

  iv.  Memberi saranan pengubahsuaian regimen melalui Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal

 

  v.   Penglibatan dalam rondaan wad bersama disiplin perubatan

 

  vi.  Memberi maklumatberkaitan ubat-ubatan kepada pesakit dang anggota kesihatan

 

  vii. Memberi kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit yang memerlukan