Dietetik & Sajian

Written by Super User on . Posted in Dietetik & Sajian

Jabatan Dietetik & Sajian


VISI

Jabatan Sajian dan Dietetik akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

MISI

Jabatan Sajian & Dietetik berusaha untuk :

Perkhidmatan Sajian

• Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.

• Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.


Perkhidmatan Dietetik

• Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘ evidence –based' di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.

• Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

OBJEKTIF UMUM

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Untuk membekalkan diet normal dan diet terapeutik mengikut pesanan wad bagi kelas tiga dan kanak-kanak.

2. Untuk membekalkan diet kelas satu bagi doktor bertugas atas panggilan

3. Untuk membekalkan catuan makan malam bagi anggota bertugas malam yang layak.

4. Untuk memberi khidmat ‘ medical nutrition therapy' bagi ‘ oral diet' serta ‘nutrition support' kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.

5. Untuk memberi latihan praktikal katering dan ‘ intership ' dietetik kepada pelatih Institusi Pendidikan Tinggi.

6. Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional

Bahagian Perkhidmatan Sajian

1. Membekalkan diet yang berkhasiat dan sesuai dengan keperluan pemakanan pelanggan serta memenuhi  cita rasa tempatan.

2. Diet yang dibekalkan dijamin berkualiti, bersih dan selamat

3. Diet yang dibekalkan betul mengikut bilangan dan jenis diet yang dipesan

Bahagian Perkhidmatan Dietetik

1. Pesakit yang dirujuk akan diberi saranan pemakanan bersesuaian mengikut keadaan penyakit

SKOP PERKHIDMATAN DIETETIK KLINIKAL

1. Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat ‘medical nutrition therapy'

2. Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan

3. Latihan ‘internship' dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institut Pendidikan Tinggi mengikut keperluan

4. Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan
 

BAGAIMANA PEGAWAI DIETETIK BOLEH MEMBANTU ANDA

Pegawai Dietetik boleh

1. Memberi pengurusan diet spesifik berdasarkan rujukan pegawai perubatan sekiranya terdapat penyakit yang berkaitan:

·         Alergi

·         Kanser

·         Kardiovaskular

·         Diabetes

·         Tekanan darah tinggi

·         Renal

·         Gastrointestine

·         Malnutrisi

·         Gangguan pemakanan

·         FTT (Failure to thrive)

2. Memberi konsultasi pemakanan kepada keluarga, bayi, kanank-kanak, remaja, dewasa, bakal ibu.

3. Memberi panduan asas pemakanan bagi seseorang individu.
 

SKOP PERKHIDMATAN SAJIAN

1. Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak. Jenis diet samada diet normal atau diet terapeutik akan ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau doktor.

2. Ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak iaitu MAC (Mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga.

3. Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga berumur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu.

4. Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital, akan dibekalkan diet kelas satu.

5. Anggota bertugas malam yang layak akan dibekalkan catuan makan malam mengikut kadar yang telah ditetapkan.

6. Latihan praktikal katering akan diberikan kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan

7. Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan
 

WAKTU OPERASI

Klinik Kaunseling Diet (Pesakit Luar)

Hari

Waktu

Ahad - Rabu

9 pagi - 1 tengah hari

 

NO. TELEFON TALIAN TERUS

JAWATAN

NO.TEL

 Pegawai Dietetik (Ketua Jabatan)

09-851 3454

 Pegawai Dietetik

09-851 3453

 Pen Pegawai Penyediaan Makanan 1

09-851 3453 / 3450

 Pen Pegawai Penyediaan Makanan 2

09-851 3452 / 3450

 Unit Dapur

09-851 3450