Teknologi Maklumat

Written by Super User on . Posted in Teknologi Maklumat

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


VISI

Memaksimakan fungsi, peranan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Hospital Kemaman. Meningkatkan kualiti dan keselamatan data sistem maklumat dan meningkatkan taraf dan kecekapan perkhidmatan pelanggan dengan penggunaan ICT.

MISI

Memberikan perkhidmatan dan kemudahan ICT untuk memenuhi keperluan jabatan-jabatan di Hospital Kemaman dan membangunkan serta menyelenggara sistem maklumat yang berkualiti dan pengautomasian pejabat bagi meningkatkan mutu, produktiviti, kecekapan pengurusan dan pentadbiran kakitangan Hospital Kemaman. Memberi pendedahan dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap penggunaan ICT dan memberikan perkhidmatan sokongan kepada kakitangan Hospital Kemaman

OBJEKTIF

1. Menyediakan dan memastikan kelancaran perjalanan sistem-sistem sedia ada, rangkaian dan peralatan ICT  yang digunakan di Hospital Kemaman.

2. Memastikan penyimpanan data yang teratur dan selamat.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan yang mesra dan profesional

2. Setiap Aduan Kerosakan ICT (Perkakasan dan Perisian) akan diambil tindakan dalam tempoh 10 hari bekerja

3. Setiap permohonan eMel Rasmi KKM akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja bagi permohonan melalui borang dan 5 hari bekerja daripada tarikh penerimaan maklumbalas daripada KKM bagi pendaftaran eMel secara atas talian

4. Sebarang masalah, sila berhubung dengan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat di talian 098513333 sambungan 3481

FUNGSI

1. Memastikan perjalanan sistem sedia ada agar berjalan dengan lancar.

2. Memastikan penyelenggaraan komputer dan rangkaian di Hospital  berjalan dengan baik.

3. Memastikan keselamatan system sedia ada.

4. Memberi khidmat nasihat kepada kakitangan berkaitan dalam bidang ICT

5. Memberi khidmat nasihat kepada Pengarah Hospital  berkaitan dengan pembangunan dan perjalanan  ICT di Hospital Kemaman

CARTA ORGANISASI