Kecemasan & Trauma

Written by Super User on . Posted in Kecemasan & Trauma

JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA


VISI

Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kemaman mampu memberikan perkhidmatan pengurusan dan perawatan kecemasan yang berkualiti dan profesional kepada pelanggan.

MISI

Memastikan setiap pelanggan sentiasa mendapat perkhidmatan pengurusan dan perawatan kecemasan yang efektif seiring dengan perkembangan teknologi bersandarkan kepada kod dan etika perubatan.

OBJEKTIF UMUM

Memberi rawatan kecemasan kepada semua pesakit secara profesional dan berkualiti demi melahirkan masyarakat sihat dan produktif

OBJEKTIF KHUSUS

1. Menyediakan perkhidmatan pengendalian dan rawatan kecemasan yang berkualiti, selamat dan berkesan.

2. Bertindak pantas secara profesional, responsif dan inovatif bagi mengurangkan kadar mortaliti dan morbiditi.

3. Berusaha untuk memberikan perkhidmatan secara adil, bertimbang rasa serta sentiasa menghormati keperluan dan kehendak pelanggan.

4. Berusaha untuk memberikan pengetahuan kepada pesakit dan masyarakat tentang fungsi utama Jabatan Kecemasan dan Trauma supaya pengurusan kes-kes kecemasan diberikan dengan sempurna dan berkesan.

5. Untuk bersama-sama memberikan pengetahuan kepada pelanggan dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kecederaan.

6. Memastikan setiap anggota petugas diberi latihan yang berkaitan untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, cekap dan berkualiti.

PIAGAM PELANGGAN

1.  Setiap pelanggan akan diberi layanan yang mesra, profesional dan mengikut keutamaan.

2.  Kes dirawat mengikut 'triage' (saringan):

     Merah    : kes dilihat serta-merta

     Kuning  : kes dilihat dalam masa 30 minit

     Hijau     : kes dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit (saringan)

3.  Ambulan akan berlepas dalam masa 5 minit selepas menerima panggilan

4.  Semua kes akan diperiksa oleh pegawai perubatan/penolong pegawai perubatan bertugas

5. Semua maklumat pelanggan adalah sulit

FUNGSI

Jabatan Kecemasan dan Trauma mengendalikan kes-kes kecemasan 24 jam sehari. Pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan diklasifikasikan mengikut ketenatan pesakit. Semua kedatangan pesakit adalah melalui Kaunter Triage.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Rawatan Kes Kecemasan dan Kemalangan

  • Rawatan awal dan pemulihan pesakit
  • Sebarang kes kemalangan jalanraya/kemalangan rumah/kes-kes kecemasan perubatan (medical emergencies)

2. Pembedahan Kecil

  • Prosedur pembedahan kecil
  • Ortopedik (rawatan kepatahan tulang)
  • Perkhidmatan berkhatan (murid sekolah-musim cuti sekolah)

3. Perkhidmatan Ambulan dan Kereta Jenazah

  • Rujukan pesakit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Hospital Tengku Ampuan Afzan
  • Panggilan ambulans
  • Menghantar jenazah

4. Rumah Mayat

  • Penyimpanan mayat (sebelum dituntut)
  • Post Mortem
  • Urusan kebajikan

5. Lain-lain perkhidmatan

  • Menerima bayaran bil (selepas waktu pejabat)
  • Pendaftaran masuk wad
  • Pasukan perlindungan perubatan
  • Bilik Gerakan Bencana
  • Bilik Gerakan Banjir
  • Memanggil anggota on-call
  • Pendidikan pesakit
  • Kes-kes ‘One Stop Crisis Centre' (OSCC)
  • Klinik rawatan pesakit selepas waktu pejabat (KRPSWP)