Anestesiologi

Written by Super User on . Posted in Anestesiologi

Jabatan Anestesiologi


alt

Jabatan Anestesiologi diketuai oleh seorang pakar anestesiologi, 3 orang pegawai perubatan, serta dibantu oleh kakitangan paramedik dan kumpulan sokongan lain.

OBJEKTIF

1. Memberi perkhidmatan pembiusan yang cekap dan selamat kepada semua jenis pembedahan sama ada elektif mahupun kecemasan.

2. Memberi rawatan intensif kepada pesakit yang mengalami komplikasi selepas pembedahan dan pesakit kritikal.

3. Memberi perkhidmatan 'Acute Pain Service' selepas pembedahan kepada pesakit yang memerlukan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Perkhidmatan pembiusan bagi tujuan pembedahan

2. Perkhidmatan rawatan rapi (High Dependency Ward)

High Dependancy Ward (HDW) yang berkapasiti 2 katil ditubuhkan pada 1 September 2004. Ia bertujuan untuk merawat pesakit yang mempunyai komplikasi semasa dan selepas pembedahan di samping digunakan bagi pesakit kritikal (bukan pembedahan) yang memerlukan bantuan pernafasan dan rawatan rapi.