Makluman Hak Pesakit dan Waris

Written by Super User on . Posted in Informasi Tambahan

* Hospital Kemaman sentiasa menghormati hak pesakit dan waris.

* Tiada diskriminasi kepada semua pesakit.

* Maklumat anda akan disimpan secara sulit.

* Jabatan Kerja Sosial Perubatan sentiasa bersedia sekiranya  bantuan berkaitan kebajikan diperlukan.


 

SEMASA PENDAFTARAN anda akan dimaklumkan:

  • tentang polisi dan peraturan hospital.
  • dinasihatkan tidak membawa barang berharga. 

SEMASA BERADA DALAM WAD anda akan dimaklumkan:

  • tentang Pakar/Pegawai Perubatan yang merawat.
  • sebarang penyiasatan, diagnosis, kaedah dan perkembangan rawatan.
  • anda berhak menolak rawatan atau pemeriksaan yang dicadangkan.
  • anda akan diberi penerangan berkaitan kaedah, risiko dan kesan sampingan rawatan/pemeriksaan yang dicadangkan.
  • Dalam kes nazak, pesakit berhak ditemani oleh ahli keluarga/orang berkenaan tanpa menjejaskan hak pesakit lain.

 

SEMASA DISCAJ

  • anda akan diberitahu tentang caj rawatan serta penjagaan dan rawatan lanjut yang diperlukan

 

KAJIAN-KAJIAN ('RESEARCH')

  • anda berhak menolak dari terlibat dengan sebarang kajian yamg dicadangkan oleh pihak Hospital Kemaman

 

* Sebarang komen atau cadangan berkaitan perkhidmatan kami boleh disalurkan melalui :

  • Peti cadangan di setiap lokasi atau
  • Menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 09-8513333

 

CADANGAN/KOMEN ANDA SENTIASA DIALU-ALUKAN

Statistik Pengunjung

040615
Hari IniHari Ini142
SemalamSemalam145
Minggu iniMinggu ini379
Bulan iniBulan ini1986
KeseluruhanKeseluruhan40615