Hospital Rakan Suami

Written by Super User on . Posted in Informasi Tambahan

HOSPITAL RAKAN SUAMI


Hospital Kemaman telah melaksanakan polisi Rakan Suami semenjak tahun 2005.

POLISI HOSPITAL RAKAN SUAMI

1. Hanya suami sahaja dibenarkan untuk menemani isteri bersalin sekiranya mendapat keizinan dari isteri.
2. Kebenaran perlu diperolehi daripada Ketua Jururawat atau jururawat bertugas.
3. Suami dibenarkan berada di sisi isteri sehingga selesai bersalin, kecuali apabila diminta keluar hendaklah memberi kerjasama.
4. Jika suami ingin keluar dari bilik bersalin untuk ke tandas atau sebaliknya dan ingin masuk ke bilik bersalin mestilah mendapat kebenaran dan diiringi oleh jururawat.
5. Suami dikehendaki memakai pas Teman Bersalin yang telah disediakan.
6. Suami dilarang masuk ke bilik lain, membuat rakaman video, membawa kamera dan telefon bimbit.
7. Suami dilarang mengganggu pegawai dan anggota yang sedang menjalankan tugas dan tidak dibenarkan masuk semasa anggota sedang melakukan pemeriksaan faraj atau semasa kelahiran yang berkomplikasi seperti breech/vacuum extraction, resusitasi kepada ibu atau bayi dan semasa melakukan prosedur tertentu.
8. Peneman adalah suami yang sah, jika disyaki penagih dadah, mabuk dan berkelakuan tidak sopan, beliau tidak dibenarkan masuk menemani isteri.

Statistik Pengunjung

034019
Hari IniHari Ini19
SemalamSemalam101
Minggu iniMinggu ini397
Bulan iniBulan ini1664
KeseluruhanKeseluruhan34019