Hospital Rakan Bayi

Written by Super User on . Posted in Informasi Tambahan

HOSPITAL RAKAN BAYI


Hospital Kemaman diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi pada 27 Febuari 1997. Penilaian semula dilakukan setiap tiga tahun. Kempen Minggu Penyusuan Susu Ibu ialah pada 1 hingga 7 Ogos setiap tahun.

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran tentang kepentingan susu ibu dan kaitannya dengan tumbesaran dan perkembangan fizikal, mental dan sosial kanak-kanak ke tahap optima.
2. Memberi pengetahuan serta kemahiran kepada anggota di dalam pengurusan laktasi.
3. Memberi kesedaran kepada ibu-ibu tentang kebaikan/kepentingan penyusuan susu ibu.
4. Membantu ibu-ibu mengenal dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul semasa menyusu.
5. Sebagai sumber rujukan dan dorongan kepada ibu-ibu semasa berada di dalam wad dan selepas discaj bagi menjayakan Penyusuan Susu Ibu dengan lebih berkesan.

10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA

1. Mempunyai dasar bertulis penyusuan ibu yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
2. Melatih semua kakitangan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan dasar ini.
3. Memberi semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
4. Memberitahu ibu – ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
5. Menunjukkan cara – cara penyusuan dan mengekalkan laktasi kepada ibu – ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada bayi mereka.
6. Tidak memberi ibu – ibu baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab – sebab perubatan.
7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu “rooming in”. Membenarkan ibu dan anak bersama – sama selama 24 jam sehari.
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi yang menyusu susu ibu.
10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu – ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.

POLISI KEBANGSAAN PENYUSUAN IBU

Semua ibu digalakkan menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulann dan meneruskannya sehingga anaknya berusia 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa bayi berusia 6 bulan.

 
 

Statistik Pengunjung

040616
Hari IniHari Ini143
SemalamSemalam145
Minggu iniMinggu ini380
Bulan iniBulan ini1987
KeseluruhanKeseluruhan40616