Perutusan Pengarah

Written by Super User on . Posted in Perutusan Pengarah


 Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Selamat Datang saya ucapkan pada tuan-tuan dan puan-puan ke laman web rasmi hospital kemaman.

Pertama sekali syukur ke hadhrat Allah s.w.t kerana dengan berkat dan izinnya maka Laman Web Rasmi Hospital Kemaman telah dapat dilancarkan dengan jayanya. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada unit yang terlibat kerana telah berjaya membangunkan satu laman web yang berinformatif dan interaktif. Adalah diharapkan semoga laman web ini dapat memberi faedah kepada seluruh warga Hospital Kemaman dan juga masyarakat umum, insyaallah.

Di dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, agensi kerajaan perlu menyediakan suatu pendekatan sistem penyampaian yang setaraf dengan tahap pendidikan dan profesionalisme masyarakat yang semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, Laman Web ini telah menyediakan maklumat-maklumat seperti fungsi dan objektif setiap bahagian, berita terkini,aktiviti, direktori staf, pekeliling, sistem email, cadangan ataupun aduan, pautan ke aplikasi-aplikasi online dan sebagainya untuk diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat.

Akhir sekali, saya amat mengalukan-alukan sebarang bentuk cadangan, aduan dan maklumbalas yang membina daripada pengunjung laman web ini bagi membolehkan kami pihak Hospital Kemaman mengambil langkah-langkah memperbaiki, memperkukuhkan dan seterusnya meningkatkan perkhidmatan ke tahap kami yang paling optimum.

Sekali lagi, terima kasih kerana sudi melayari Laman Web kami.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t.

Dr. Amran bin Japar
Pengarah, Hospital Kemaman