Latar Belakang

Written by Super User on . Posted in Latar Belakang

STATUS

Hospital Kemaman adalah Hospital Berpakar Major sejak RMK9 dan juga telah dikenali sebagai First Responder Hospital kerana kedudukannya di kawasan berisiko tinggi bencana.

Memberi perkhidmatan kepada :

  • Penduduk daerah Kemaman, Dungun dan Utara Pahang
  • Hospital rujukan untuk 9 Klinik Kesihatan dan lebih 20 buah klinik swasta di daerah Kemaman termasuk Klinik Rantau Petronas & PERWAJA

JUMLAH KATIL

150 katil

BIDANG KEPAKARAN YANG DISEDIAKAN

  1. Ortopedik
  2. Pembedahan Am (SOPD)
  3. Perubatan Am (MOPD)
  4. Anestesiologi
  5. Obstetrik dan Ginekologi (O&G)
  6. Radiologi
  7. Pediatrik
  8. Kecemasan dan Trauma
  9. Psikiatri
  10. Oftalmologi
  11. Mikrobiologi
  12. Hematologi

SEJARAH PERKHIDMATAN

 1940an

 Memulakan perkhidmatan di bangunan sekolah yang dijadikan hospital

 1970an

 Bangunan hospital dengan komponen Unit Pentadbiran, Unit Kecemasan, Unit Sokongan telah dibina

 1997

 Memulakan perkhidmatan Fisioterapi

 1998

 Memulakan Perkhidmatan Haemodialisis

 Bangunan wad 4 tingkat dan bilik bersalin dibina

 2001

 Bangunan kuarters kelas D/E (8 unit) siap dibina

 2002

 Bangunan kuarters kelas F (16 unit) dan G(32 unit) mula diduduki

 2004

 1 Jun - CSSU mula beroperasi Pembersihan hama untuk Hospital Kemaman dan PKD

 8 Jun - Bilik bersalin (4 bilik)

 26 Julai - Dewan Bedah (2 bilik)

 2010

 Memulakan perkhidmatan audiologi

 2011

 Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental mula beroperasi