Permohonan Laporan Perubatan

Written by Super User on . Posted in Awam

PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN


CARA MEMOHON

Permohonan laporan perubatan boleh dibuat seperti berikut :

i. Hadir terus ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan dan kemukakan borang permohonan berserta dokumen dan butiran lengkap.

     (Borang permohonan boleh diperolehi di Jabatan Rekod Perubatan)

ii. Hantar permohonan bertulis bersama dokumen serta butiran lengkap.

 

DOKUMEN/BUTIRAN LENGKAP YANG DIPERLUKAN

i. Maklumat nama, no. kad pengenalan, alamat, tarikh rawatan, tempat terima rawatan

ii. Salinan kad pengenalan pesakit

iii. Salinan sijil kematian (jika pesakit meninggal dunia)

iv.  Salinan kad temujanji klinik/nota discaj

v. Surat keizinan pesakit

•  jika pesakit berumur 18 tahun ke atas, perlu surat keizinan dari pesakit sendiri

•  jika pesakit berumur < 18 tahun, perlu surat keizinan dari ibu/bapa

•  jika pesakit meninggal dunia, perlu surat keizinan dari waris terdekat

vi. Bayaran dalam bentuk wang tunai atau wang pos/kiriman wang/cek atas nama Pengarah Hospital Kemaman

vii. Borang Tuntutan Insuran/KWSP/PERKESO (jika berkenaan)

TEMPOH SIAP LAPORAN PERUBATAN

Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh terima permohonan lengkap.

KADAR BAYARAN (Tertakluk kepada Akta Fee 1972)

WARGANEGARA

Jenis LaporanJumlah
  Laporan biasa/ insuran/PERKESO/KWSP RM 40
  Laporan ringkas disediakan oleh pakar RM 80
  Laporan lengkap disediakan oleh pakar RM 200 - RM1000
(bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat)


BUKAN WARGANEGARA

Jenis LaporanJumlah
  Laporan biasa/ insuran RM 120
  Laporan ringkas disediakan oleh pakar RM 160
  Laporan lengkap disediakan oleh pakar RM 400 - RM2000
(bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat)

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/ kiriman wang/wang pos yang perlu dibuat atas nama Pengarah Hospital Kemaman.