Thursday 24 Apr 2014
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • pink style
  • green style
  • red style
  • orange style
Malay Arabic Chinese (Traditional) English Hindi
.

.

...

.

.

...

.

.

...

Articles

Print

Perhimpunan Bulanan Hospital Kemaman - Ogos 2012

. Posted in Arkib

 

HOSPITAL KEMAMAN 27 Ogos - Saban bulan anggota-anggota Hospital Kemaman dipertemukan dalam Perhimpunan Bulanan. Perhimpunan pada kali ini telah dikelolakan oleh Jabatan Pengimejan dan Dianostik selaku penganjur. Bersesuaian dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara ke-55 yang disambut bermula daripada 17 Julai hingga 16 September setiap tahun, maka penganjur telah memilih "55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati" sebagai tema perhimpunan pada kali ini.

Antara pengisian perhimpunan kali ini adalah nyanyian penuh semangat lagu 31 Ogos oleh semua anggota sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan deklamasi puisi oleh Ketua Jururawat Sakinam bt. Choya yang berjudul Kemerdekaan.

Pengarah Hospital dalam ucapan bulanan pula mengajak semua anggota menghayati  perih-jerih perjuangan kemerdekaan bagi menyemarakkan semangat cintakan Negara, disamping menghayati tema Janji Ditepati dalam konteks warga KKM menerusi "janji-janji" yang terkandung dalan visi, misi dan objektif perkhidmatan, slogan-slogan yang digunapakai seperti "kualiti sepanjang masa', 'kami sedia membantu, penyayang, profesionalisme, kerja berpasukan" dan lain-lain slogan.

Justeru semua anggota hendaklah mempastikan segala 'janji-janji" tersebut ditepati dan dikotakan dalam bentuk penghasilan kerja yang kreatif, inovatif dan berdaya saing serta mampu melonjakkan diri dan organisasi kepada satu tahap yang lebih tinggi dan menepati kehendak pelanggan.


KJ Sakinam Choya mendeklamasi puisi kemerdekaan


Warga Hospital Kemaman ketika menyanyikan lagu 31 Ogos


Sebahagian warga Hospital Kemaman yang hadir dalam perhimpunan


Pengarah Hospital menyampaikan hadian cabutan bertuah


Depan: dua dari kiri Dr. Daizyreena, Dr.Zailin dan Pn. Suhaila bergambar bersama

Pengumuman

  • 1
  • 2
Program 'Saringan Kanser Kolorektal'

Program ini sedang berlangsung di Jabatan Pesakit Luar Hospital Kemaman bermula Januari - Jun 2014.

Sasaran: Orang awam/ kakitangan berumur 50-70 tahun

* Sesiapa yang berminat, sila berjumpa Penyelia Jabatan Pesakit Luar untuk maklumat lanjut.

Sudut Informasi

Sudut 5S

 

      

Masa Capaian: 0.39 saat