JABATAN BEKALAN BAHAN STERIL


PENGENALAN

Jabatan Bekalan Bahan Steril atau Central Sterile Service Unit (CSSU) merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk membekalkan peralatan /” instrument ”/ set-set steril kepada unit-unit pengguna. Skop perkhidmatannya termasuk Unit Pesakit Dalam, Dewan Bedah, Dewan Bersalin, A & E, Klinik Pakar, Klinik O & G, UPL, HDU, Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Kemaman.

  Hospital Kemaman telah pun menjadi Hospital Berpakar Major.  Justeru itu, dengan peningkatan kes-kes pembedahan, pelbagai prosedur medikal dan surgikal dijalankan, menjadikan unit ini nadi utama dan penting dalam memberikan perkhidmatan pensterilan yang efisyen, ekonomi, berkualiti dan mesra pelanggan ke arah keselamatan pesakit. Ini melibatkan proses permusnahan dan pembasmian semua organisma mikro dan spora, bertanggung jawab dalam usaha mencegah serta mengawal jangkitan di hospital bagi membantu meningkatkan kualiti perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit.

  Jabatan Perkhidmatan Bahan Steril terletak di bangunan 2 tingkat, di aras 1 bersebelahan dengan Dewan Bedah dan di bawahnya (ground floor) adalah Dewan Bersalin. Ia mula beroperasi pada 1 Jun 2004.

VISI

Memberi perkhidmatan pensterilan berkualiti, efisyen serta terkini bagi mencapai pemulihan awal dan maksima kepada pesakit.

MISI

Sentiasa berusaha memenuhi kehendak pelanggan dengan meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menghasilkan produk mencukupi, berkualiti dan selamat untuk digunakan.

OBJEKTIF UMUM

Memberi perkhidmatan pensterilan peralatan dan mengawal jangkitan demi untuk meninggikan taraf kesihatan pesakit di hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian.

OBJEKTIF KHUSUS

1.  Memproses dan membekalkan peralatan sterile untuk kegunaan rawatan pesakit di hospital dan klinik – klinik.

2.  Meningkatkan kecekapan anggota dalam melaksanakan tugas dengan membekal peralatan/set – set yang lengkap dan seragam.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional

2. Mempastikan peralatan yang memerlukan pensterilan, dibekalkan kepada pelanggan adalah steril

3. Membekalkan alatan steril kepada pelanggan:

    I.  Tidak melebihi 30 minit untuk Unit Pesakit Dalam dan unit-unit sokongan

    II. Tidak melebihi 5 jam untuk Dewan Bedah selepas pesanan diterima

FUNGSI DAN PERANAN

1.  Mempastikan semua peralatan yang di bekalkan kepada pelanggan adalah steril.

2.  Memberi kemudahan kepada pengguna dan keselamatan dalam perawatan kepada pesakit.

3.  Memberi  khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada pengguna berkaitan pengendalian ”instrument” yang tercemar.

4.  Memberi  tunjuk ajar kepada pengguna dalam pengendalian peralatan/set-set steril dan penyimpanan peralatan steril bagi menjamin keselamatan dan dapat mengekalkan steriliti.

5.  Bertanggung jawab dalam usaha mencegah serta mengawal jangkitan di hospital bagi membantu meningkatkan kualiti perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1.  Membekalkan peralatan-peralatan/set-set steril, ”Linen” dan ”soft good” yang steril kepada unit pengguna.

2.  Menerima peralatan/set-set yang telah di gunakan atau tercemar dari unit-unit pengguna untuk diproses dan disterilkan semula.

3.  Melipat linen untuk disterilkan seperti Gown untuk Dewan Bedah dan Unit Pesakit Dalam, Laporatomy Sheet, Dressing Towel dan lain lain.

4.  Membungkus ”soft good” seperti gauze, cotton, crepe bandage, Ribbbon gauze.


CARTA ORGANISASI

 

Hubungi Kami

Hospital Kemaman 
Jalan Da' Omar 
24000 Chukai 
Kemaman,Terengganu 

No Telefon :09-8513333
No Fax : 09-8595512
http://hkemaman.moh.gov.my.

Waktu Melawat

Ahad - Khamis
sesi tengahari
(12:30 tengahari - 2:00 petang)
sesi petang
(4:30 petang - 7:00 malam)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
(12:30 tengahari - 7:00 petang)

Waktu Operasi

Kecemasan : 24 jam

Kaunter Farmasi Dalam
Ahad-Sabtu
(8.00 pagi - 10 malam)

Kaunter Unit Hasil : 24 jam

Jabatan Rekod Perubatan : 
Ahad-Rabu (8.00 pagi – 5.00 petang)
Khamis- (8.00 pagi - 3.30 petang)
(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Lokasi Kami

Pautan Dalaman

            

 

 

Pautan Luaran

Hakcipta terpelihara © 2019 Hospital Kemaman
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800

Kemas kini terakhir: 29 Oktober 2019, 02.45 pm