JABATAN ORTOPEDIK


PENGENALAN

Perkhidmatan Pakar Ortopedik yang tetap di Hospital Kemaman bermula dari tahun 2003. Sebelum itu, Hospital Kemaman cuma dikunjungi oleh pakar-pakar ortopedik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Skop perkhidmatan meliputi pesakit dari daerah Kemaman dan Dungun. Sejajar dengan perkembangan bidang perubatan, skop perkhidmatan jabatan ini turut berkembang juga. Dari tahun 2010 hingga 2017, jabatan ini telah diterajui oleh Ketua Jabatan Mr Hj. Mohd Ros Bin Mohd Ali dan Mr Che Wan Mohd Shaifulnizam Bin Che Wan Nik ( sehingga 2015). Kini , jabatan ini terdiri daripada seorang pakar ortopedik  Mr Zaharul Azri Bin Mustapha @ Zakaria( Ketua Jabatan), 13 orang pegawai perubatan UD 44, dan kumpulan sokongan.

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

Jabatan ini memberikan perkhidmatan klinik pesakit luar ( setiap hari Isnin dan Selasa), perkhidmatan ‘POP’ setiap hari bekerja, perkhidmatan pesakit dalam ( wad lelaki/ perempuan/ kanak-kanak), pembedahan kes - kes kecemasan dan elektif ( Kes elektif dilakukan setiap hari Rabu).

VISI

Ke arah perkhidmatan ortopedik yang cemerlang dan mesra pelanggan.

MISI

Memberikan perkhidmatan ortopedik secara cekap, cepat dan tepat.

OBJEKTIF UMUM

Memberikan perkhidamatan rawatan ortopedik yang berkualiti, dengan menggunakan sumber tenaga dan peralatan secara optima, serta mementingkan kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF KHUSUS

•  Menyediakan rawatan kepakaran ortopedik kepada semua pesakit.

•  Merujuk awal pesakit ke hospital tertiar bila perlu.

•  Memantapkan pengetahuan dan kemahiran semua anggota.

CARTA ORGANISASI

FUNGSI DAN PERANAN

•  Menyediakan perkhidmatan rawatan ortopedik kepada pesakit daerah Kemaman.

•  Memberikan perkhidmatan klinik pakar dan pembedahan kes minor di Hospital Dungun.

•  Menerima dan merawat pesakit kes rujukan daripada jabatan-jabatan lain Hospital Kemaman

•  Menerima dan merawat pesakit kes rujukan daripada premier-premier kesihatan yang lain.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

•  Perawatan semua pesakit dalam ortopedik

•  Melakukan pembedahan kes-kes ortopedik

•  Memberikan perkhidmatan kecemasan kes-kes ortopedik

•  Perkhidmatan klinik pakar ortopedik

CARTA ORGANISASI

 

 

Hubungi Kami

Hospital Kemaman 
Jalan Da' Omar 
24000 Chukai 
Kemaman,Terengganu 

No Telefon :09-8513333
No Fax : 09-8595512
http://hkemaman.moh.gov.my.

Waktu Melawat

Ahad - Khamis
sesi tengahari
(12:30 tengahari - 2:00 petang)
sesi petang
(4:30 petang - 7:00 malam)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
(12:30 tengahari - 7:00 petang)

Waktu Operasi

Kecemasan : 24 jam

Kaunter Farmasi Dalam
Ahad-Sabtu
(8.00 pagi - 10 malam)

Kaunter Unit Hasil : 24 jam

Jabatan Rekod Perubatan : 
Ahad-Rabu (8.00 pagi – 5.00 petang)
Khamis- (8.00 pagi - 3.30 petang)
(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Lokasi Kami

Pautan Dalaman

            

 

 

Pautan Luaran

Hakcipta terpelihara © 2019 Hospital Kemaman
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800

Kemas kini terakhir: 29 Oktober 2019, 02.45 pm