JABATAN FARMASI


Jabatan Farmasi merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal yang diterajui oleh Ketua Pegawai Farmasi UF54, dengan jumlah anggota seramai 66 termasuk Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi, serta anggota sokongan iaitu Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Operasi dan Pembantu Awam.

Skop Perkhidmatan  

Jabatan Farmasi menyediakan bekalan ubat dan bukan ubat serta perkhidmatan berkaitan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit luar dan pesakit dalam (dari unit/wad).

Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatan melalui 4 unit asas iaitu; 

1.Farmasi Pesakit Dalam
2.Farmasi Pesakit Luar
3.Farmasi Logistik
4.Pusat Sumber Maklumat Farmasi (PRIC)

VISI

Memberi perkhidmatan yang terbaik dan semua pelanggan berpengetahuan terhadap penggunaan ubat-ubatan.

MISI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti serta memastikan semua pelanggan memperolehi ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional.

CARTA ORGANISASI

 

 

 FARMASI PESAKIT DALAM

 a) Farmasi Bekalan Wad

1. Menyediakan perkhidmatan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit discaj, dan pesakit dalam wad yang dibekalkan secara unit of use (UOU), unit dose (UD), dan stock ward.

2. Menjalankan perkhidmatan pendispensan ubat secara bedside dispensing kepada pesakit discaj.

3. Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dalam wad (bedside counseling & discharge counseling)

4. Menjalankan analisa Therapeutic Drug Monitoring (TDM) bagi ubat-ubatan yang memerlukan pemonitoran disebabkan julat terapeutik yang sempit serta kesan sampingan yang berpotensi toksik. Ubat-ubat yang boleh dianalisa dibawah perkhidmatan TDM adalah;

  - Aminoglycoside (Gentamicin, Amikacin)

  - Vancomycin

  - Antiepileptik (Carbamazepine, Phenytoin, Phenobarbitone, Sodium Valproate)

  - Digoxin

  - Theophylline

  - Cyclosporine

  - Paracetamol

  - Salicylate

5. Menyediakan  bekalan dan pemantauan penggunaan ubat sitotoksik dalam rawatan kanser. Pengendalian ubat sitotoksik mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengendalian. 

6. Menyediakan perkhidmatan Parenteral Nutrition (PN) kepada pesakit yang tidak boleh mengambil makanan secara oral atau melalui enteral feeding. PN dapat memenuhi nutrisi pesakit yang amat penting dalam rawatan pesakit kritikal bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Bagi kes pediatrik, PN amat diperlukan oleh bayi pramatang dan mengalami masalah kesihatan seperti Malabsorption Syndrome, Severe Protein Energy Malnutrition, dan  Perforated Necrotising Enterocolitis (NEC).

7. Menyediakan formulasi dan penyediaan krim, losyen, dan salap bagi sediaan yang tiada dalam pasaran mengikut Amalan Pengilangan Baik (GMP). Selain itu, membuat proses pembungkusan semula ubat-ubatan seperti ubat titis hidung, dan titis telinga, serta pembungkusan semula dalam kuantiti yang kecil bagi kegunaan pesakit dalam wad.

b) Farmasi Wad/Klinikal

 1. Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optima kepada pesakit secara berterusan melalui aktiviti farmasi wad termasuk;

  i.   mengambil sejarah pengubatan pesakit dan rekonsilasi ubat pesakit

  ii.  Penilaian terhadap pengubatan pesakit dan menjalankan intervensi jika berkaitan

  iii. Memantau farmakoterapi pesakit secara berterusan sehingga discaj

  iv.  Memberi saranan pengubahsuaian regimen melalui Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal

  v.   Penglibatan dalam rondaan wad bersama disiplin perubatan

  vi.  Memberi maklumatberkaitan ubat-ubatan kepada pesakit dang anggota kesihatan

  vii. Memberi kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit yang memerlukan

FARMASI PESAKIT LUAR

1.Menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit klinik-klinik pakar, Jabatan Kecemasan dan Klinik Pergigian.

2.Menawarkan perkhidmatan pembekalan ubat melalui perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi  (Value Added Services – VAS) untuk memudahkan pengambilan ubat bagi bekalan susulan oleh pesakit. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah;

  - Sistem kad temujaji

  - Sistem sms dan ambil

  - Sistem telefon dan ambil

  - Pandu Lalu

  - Ubat melalui pos 1 Malaysia (UMP1M)

  - Sistem pendispensan ubat bersepadu (SPUB)

  - Pusat Pengambilan Ubat Setempat (PPUS)

 3.Memberi khidmat kaunseling ubat-ubatan secara individu atau berkumpulan kepada pesakit yang  memerlukan mengikut garispanduan yang ditetapkan.

 4.Menjalankan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) untuk membantu pesakit kronik dalam meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan. MTAC yang ditawarkan adalah;

•Diabetes (DMTAC)

•Warfarin (WMTAC)

•Respiratori (RMTAC)

•Retroviral Disease  (RVD-MTAC)

•Nefrologi (CKD-MTAC)

5. Terapi Gantian Methadone yang dikendalikan dibawah seliaan Jabatan Psikiatri dimana ia merupakan satu kaedah harm reduction terhadap pengguna opiate. Sirap  Methadone didispen kepada pesakit di klinik Methadone setiap hari secara DOT berdasarkan dos yang dipreskrib oleh Pegawai Perubatan.

Methadone menggantikan opiate seperti heroin dan morphine di mana pemberian dos yang sesuai akan dapat mengurangkan ketagihan dan mencegah tanda-tanda withdrawal.

 FARMASI LOGISTIK

 1.Menjalankan proses perolehan ubat, peralatan bukan ubat, reagen serta gas perubatan mengikut arahan Perbendaharaan (AP), Tatacara Pengurusan Stor (TPS) dan Pekeliling-pekeliling berkaitan dari Kementerian

2.Membuat penerimaan, penyimpanan dan pembekalan ubat, bukan ubat, reagen serta gas perubatan bagi keperluan hospital.

3.Memantau paras stok bagi memastikan stok bekalan mencukupi pada setiap masa.

4.Menjalankan verifikasi stok, pelupusan stok dan juga membuat aduan produk yang bermasalah dan membuat proses panggil balik produk (product recall).

Pusat Sumber Maklumat Farmasi (PRIC)

1.Menerima pertanyaan mengenai ubat-ubatan daripada anggota hospital atau orang awam, dan memberikan maklumat berkaitan berdasarkan sumber rujukan yang betul.

2.Menyediakan maklumat ubat-ubatan secara evidence-based medicine

3.Penyebaran maklumat terkini kepada anggota hospital

4.Menyelaras laporan Kesan Advers Ubat (ADR) dan laporan Medication Error.

 

Hubungi Kami

Hospital Kemaman 
Jalan Da' Omar 
24000 Chukai 
Kemaman,Terengganu 

No Telefon :09-8513333
No Fax : 09-8595512
http://hkemaman.moh.gov.my.

Waktu Melawat

Ahad - Khamis
sesi tengahari
(12:30 tengahari - 2:00 petang)
sesi petang
(4:30 petang - 7:00 malam)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
sesi tengahari
(12:30 tengahari - 7:00 petang)

Waktu Operasi

Kecemasan : 24 jam

Kaunter Farmasi Dalam
Ahad-Sabtu
(8.00 pagi - 10 malam)

Kaunter Unit Hasil : 24 jam

Jabatan Rekod Perubatan : 
Ahad-Rabu (8.00 pagi – 5.00 petang)
Khamis- (8.00 pagi - 3.30 petang)
(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Lokasi Kami

Pautan Dalaman

            

 

 

Pautan Luaran

Hakcipta terpelihara © 2019 Hospital Kemaman
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800

Kemas kini terakhir: 29 Oktober 2019, 02.45 pm